Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Leher Budak Dikelar: Ibu Bapa Bebas Dengan Jaminan Polis

Pasangan suami isteri yang juga ibu bapa kepada kanak-kanak enam tahun yang menjadi mangsa kelar di Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, Isnin lalu, dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman dua hari.

Ibu bapa bebas selepas direman dua hari

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pasangan berusia 41 tahun itu dibebaskan petang semalam selepas selesai diambil keterangan bagi membantu siasatan.

ibu bapa

Foto: Sinar Harian

“Pasangan terbabit telah memberi keterangan sepenuhnya dan dibebaskan selepas siasatan polis selesai,” katanya.

Artikel lain: Kes Leher Dikelar: Polis Tak Tolak Pengaruh ‘Game’, Abang Hilang Sejuta ‘Point’ Dikumpul

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

ibu bapa

Foto: FB Suara FM

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan tahanan reman selama dua hari ke atas ibu bapa mangsa  bermula semalam bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian itu dilakukan abang mangsa berusia sembilan tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
ibu bapa

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, kanak-kanak lelaki itu dipercayai berhalusinasi dan bertindak menyerang adiknya selepas berang kerana adik mangsa dikatakan telah merosakkan telefon bimbit miliknya.

Sumber: Kosmo! (Adnan Ibrahim)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd