Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hutan Seluas 12 Hektar Di Bukit Broga Terbakar, Api Berjaya Dipadam Sepenuhnya Pagi Tadi

Semalam, kawasan hutan dianggarkan berkeluasan 0.8 hektar di Bukit Broga, Semenyih telah dilaporkan terbakar setelah  laporan kejadian diterima pada jam 7.39 malam tadi, sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bersama enam anggota dan satu jentera FRT ke lokasi untuk memadam kebakaran.

Foto: BH Online

Dipetik menerusi BH Online, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, operasi pemadaman kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak Bukit Broga dengan anggaran seluas dua hektar ditamatkan pada jam 3.30 pagi.

“Pihak bomba tidak mempunyai akses kenderaan ke lokasi kebakaran menyebabkan kami terpaksa memanjat ke puncak bukit yang mengambil masa sekitar 30 minit hingga ke 45 minit untuk sampai ke lokasi tersebut.
“Tindakan operasi ialah untuk menyekat api merebak di sekitar bukit, selain memadamkan kebakaran sepenuhnya dan pemadaman dijalankan dengan menggunakan ‘fire beater’ berikutan ketiadaan sumber air,” katanya menerusi temubual bersama BH Online.

Foto: BH Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Razali berkata lagi kebakaran mudah merebak ke beberapa tompok-tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit dan secara tidak langsung menyebabkan api semakin marak dan sukar untuk dipadamkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial berhubung kebakaran yang berlaku di Bukit Broga yang terkenal sebagai satu daripada destinasi popular untuk aktiviti pendakian sebelum pihak bomba tiba untuk memastikan punca kebakaran.

Sumber: BH Online, X MyNewsHub

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd