Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Hon Jian-Haikal Tewaskan Sze Fei-Izzuddin Pada Terbuka Korea

Beregu lelaki negara yang juga Juara Terbuka Jepun, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani tidak dapat meneruskan momentum selepas tersingkir pada Terbuka Korea, pagi tadi.

Menurut satu laporan Berita Harian, pasangan itu terpaksa akur dengan kekalahan pada pusingan pertama ke atas lawan dari rakan senegara, Choong Hon Jian dan Haikal Nazri.

Foto: Berita Harian

Sze Fei-Nur Izzuddin memberikan tentangan sengit dengan keputusan 21-13, 16-21, 16-21 sepanjang tempoh 55 minit perlawanan mereka di Stadium Tertutup Mokpo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala, pasangan Hon Jian-Haikal pula kini berada di kedudukan ke-19 dalam ranking dunia.

Foto: Facebook BAM

Hon Jian-Haikal akan bertemu dengan gandingan dari Korea, Choi Sol Gyu-Heo Kwang Hee dan merupakan pertemuan sulung antara kedua-dua pasukan beregu ini.

Sol Gyu-Kwang Hee sebelum ini menewaskan gandingan Taiwan, Lu Ching Yao dan Wei Chun Wei dengan kutipan mata 23-21, 15-21, 21-19, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Facebook BAM

Untuk makluman, Terbuka Korea akan menjadi penampilan terakhir Sze Fei-Nur Izzuddin bersama kem kebangsaan kerana bakal bergerak secara profesional bermula 1 September ini.

Keputusan Sze Fei-Nur Izzuddin untuk menukar status mereka sebagai pemain profesional itu telah diterima oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Sabtu lalu.

Sumber: Berita Harian (Sukhairi Thani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Lokal

Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, memaklumkan bahawa beliau tidak mengalami...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd