Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Hati Bapa Suspek Tikam Pelajar Remuk, Sedar ‘Maaf’ Tak Cukup Buat Keluarga Mangsa

Seorang bapa hanya mampu menahan sebak apabila anak lelakinya yang berusia 14 tahun kini ditahan polis selepas disyaki menikam hingga mati seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, semalam.

Hati bapa suspek tikam benar-benar remuk

Memetik laporan daripada News Straits Times merujuk kepada China Press, lelaki berusia 40 tahun itu mengakui hatinya benar-benar remuk dengan perbuatan anaknya dan menyedari tiada kata maaf yang mampu menebus kehilangan yang dialami keluarga mangsa.

Bapa tersebut menyatakan dirinya tidak menyangka anak lelakinya sanggup melakukan sesuatu yang begitu kejam.

“Saya tahu apa sahaja yang saya katakan sekarang tidak memberi sebarang makna.
Tidak kira apa yang saya lakukan, ia tidak akan mengembalikan anak perempuan mereka. Saya tidak tahu bagaimana hendak berdepan dengan mereka,” katanya dalam nada penuh kesal.

 

bapa suspek

Bapa suspek dedah anak memang seorang yang introvert

Menurut Bapa suspek, anaknya seorang yang pendiam dan introvert, malah tidak pernah menunjukkan sebarang kelakuan mencurigakan sebelum kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Anak saya seorang yang pendiam dan introvert.
“Walaupun ada sesuatu berlaku di sekolah — sama ada dia dibuli atau tidak — dia tidak akan memberitahu saya,” ujarnya lagi.

Pagi kejadian semuanya biasa saja

Dia turut menceritakan bahawa hari kejadian bermula seperti biasa, apabila beliau menghantar anaknya ke sekolah pada waktu pagi tanpa menyedari tragedi yang bakal mengubah segalanya.

Katanya, walaupun prestasi akademik anaknya tidak begitu cemerlang, namun remaja itu bukan jenis yang suka menimbulkan masalah dan tidak pernah menyebut tentang mangsa sebelum ini.

“Saya tahu berkata apa-apa sekarang sudah tidak berguna. Tiada apa yang boleh mengembalikan anak perempuan mereka,” luahnya lagi dengan penuh penyesalan.

Artikel lain: Suspek Luah Perasaan Ke Mangsa Malam Sebelum Kejadian, Namun Ditolak -Rakan

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan penahanan remaja lelaki terbabit dan memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kesan tikaman pada bahagian badan.

Sumber: News Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd