Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Luah Perasaan Ke Mangsa Malam Sebelum Kejadian, Namun Ditolak -Rakan

Kejadian tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama hari ini menggemparkan apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar lelaki berusia 14 tahun, dipercayai berpunca daripada rasa kecewa selepas cinta ditolak.

Suspek luah perasaan namun ditolak

Memetik laporan daripada Berita Harian, seorang rakan kepada suspek mendedahkan, remaja lelaki itu dikatakan meluahkan perasaan terhadap mangsa malam sebelum kejadian, namun ditolak sehingga menyebabkan dia berang.

“Kami diberitahu dia meluahkan perasaannya kepada mangsa malam sebelumnya dan naik marah apabila mangsa tidak membalas perasaan yang sama,” katanya ketika ditemui.

Suspek luah perasaan, esoknya bawa senjata tikam mangsa

Menurut saksi yang turut berada di lokasi kejadian, suspek datang ke sekolah dengan memegang senjata tajam, sebelum menahan mangsa di tandas sekolah dan menikamnya berkali-kali.

“Dia memegang senjata dan menahan mangsa di dalam tandas. Kemudian, dia mula menikamnya berkali-kali,” katanya.

Berlari minta bantuan guru disiplin

Pelajar itu menambah, rakan mangsa yang menyedari kejadian berlari mendapatkan guru disiplin untuk meminta bantuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Guru itu kemudian bergegas ke tandas dan cuba menendang pintu. Selepas beberapa kali cubaan, akhirnya pintu berjaya dipecahkan, tetapi budak lelaki itu melarikan diri dan mula mengejar pelajar lain sambil memegang pisau,” katanya.

Suspek bawa senjata ke beberapa kelas

Suasana sekolah bertukar panik apabila pelajar lelaki itu meluru masuk ke beberapa kelas Tingkatan Satu, menyebabkan ramai pelajar menjerit ketakutan dan berlari keluar menyelamatkan diri.

“Dia berlari masuk ke dalam kelas dan semua orang mula menjerit serta berlari keluar. Bajunya penuh dengan darah,” katanya.

Suspek Luah Perasaan

Abang suspek bergelut rampas pisau

Kekecohan hanya berakhir apabila abang suspek bersama beberapa guru berjaya menahannya serta merampas senjata yang digunakan dalam kejadian itu.

Abangnya berjaya merampas pisau itu selepas bergelut dengannya. Guru-guru pula cuba menenangkannya,” jelas saksi tersebut.

Artikel lain: Suspek Kes Tikam Di Sekolah Sempat Bisik “Awak Tunggu Nanti Apa Jadi” Kepada Rakan

Insiden menyayat hati ini kini dalam siasatan pihak polis, manakala pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan Malaysia turut menggerakkan pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan bagi membantu pelajar yang trauma dengan kejadian berdarah itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Sukan

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan. Situasi tersebut tercetus selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd