Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hasrat Sambut Aidiladha Tak Kesampaian, Pegawai Polis & Isteri Maut Kemalangan Di Jalan Kuantan-Segamat

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, empat anak pasangan terbabit serta pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta turut mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mangsa yang terkorban ialah Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bersama isterinya, Nurulfiza Ardiana Amba, 46.

Menurut beliau, ketika kejadian pegawai polis terbabit bersama keluarganya sedang dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Jempol, Negeri Sembilan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebuah lagi kenderaan yang terbabit pula dinaiki pasangan suami isteri dari Gelang Patah, Johor menuju ke Terengganu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu pegawai polis terbabit dipercayai terbabas ke kanan jalan dan bertembung kereta dari arah bertentangan.
“Akibat kemalangan itu, pasangan suami isteri terbabit meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, empat anak pegawai polis terbabit yang berusia antara 10 hingga 18 tahun serta pasangan suami isteri berusia 26 tahun yang menaiki sebuah lagi kenderaan turut cedera.

“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk rawatan lanjut dan isteri pemandu kereta terbabit sedang dirawat di zon kecemasan hospital berkenaan,” katanya.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pekan bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Lokal

“Saya cuba panggil dan menggerakkan badan anak saya, tetapi saya dapati kepalanya sudah terputus dan berada di bawah kaki.” Demikian detik paling memilukan yang...

Lokal

Tenaga Nasional Berhad tampil menjelaskan isu tular melibatkan sebuah keluarga di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut yang didakwa hidup hampir 13 tahun tanpa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd