Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hargai Sumbangan, Penggiat Muzik Wajar Diiktiraf Melalui Sambutan Hari Muzik Negara

Penggiat muzik wajar diberikan pengiktirafan melalui penganjuran Hari Muzik Negara sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap pembangunan industri kreatif tanah air, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, sambutan Hari Muzik Negara juga diharap dapat membela penggiat muzik dalam isu royalti, peluang pekerjaan serta membawa muzik dan harta intelek tempatan ke peringkat antarabangsa.

Hari Muzik Negara

Hari Muzik Negara

“Kalau kita ada satu hari muzik yang khusus, harapan kita dapat mencerminkan hasrat kementerian ini, kerajaan ini untuk menjadikan industri ataupun ekonomi kreatif sebagai satu daripada pemacu pertumbuhan ekonomi dalam negara kita.
“Kita cadangkan kepada Jemaah Menteri mewujudkan satu Hari Muzik Negara… hasratnya adalah untuk memberi pengiktirafan kepada semua bukan hanya mereka di atas pentas tapi juga di belakang tabir,” katanya kepada Bernama dan RTM selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Artikel lain: ASEAN Perkukuh Kerjasama Erat, Perkasa Pembangunan Kemahiran Tenaga Kerja – Steven Sim

Hari Muzik Negara

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Julina Johan dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Suhaimi Sulaiman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fahmi berkata, keputusan muktamad mengenai cadangan penganjuran Hari Muzik Negara akan ditentukan Jemaah Menteri susulan kajian industri muzik yang telah disiapkan bersama MyCreative Ventures.

“Mungkin dalam beberapa bulan akan datang kerana kita bakal mengadakan perbincangan mendalam hasil kajian mengenai industri muzik secara keseluruhan,” katanya.

Semalam, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi berhasrat mengemukakan cadangan kepada Jemaah Menteri untuk mewujudkan Hari Muzik Negara sebagai sambutan peringkat nasional.

Beliau berkata, perkara itu akan dibawa ke perbincangan dalaman kementerian dalam masa terdekat susulan kajian industri muzik yang telah disiapkan bersama MyCreative Ventures.

Beliau turut berkata, melalui kajian tersebut, Kementerian Komunikasi bersama MyCreative Ventures mendapati beberapa isu perlu diteliti melibatkan industri muzik khususnya mewujudkan satu akta khusus bagi melindungi industri berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd