Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Harga RON97 Dan Diesel Naik Lima Sen, RON95 Kekal

Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga RON97 naik lima sen seliter daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter bermula hari ini hingga 15 Januari 2025.

RON97 dan diesel naik lima sen

meningkat Lima Sen

Foto: BJAK

Menurut laporan BERNAMA, MOF menerusi satu kenyataan turut memaklumkan bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan, harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

Sementara itu, harga diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan kenaikan lima sen seliter daripada RM2.98 kepada RM3.03 seliter.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga runcit petrol RON97 pada RM3.33 seliter manakala harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia pada RM3.03 seliter,” kata MOF dalam satu kenyataan pada Rabu.

Artikel lain: Rasionalisasi Subsidi Diesel Bukan Punca Kenaikan Kos Barangan Sektor Pembuatan – MOF

MOF menjelaskan bahawa harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal rendah berbanding harga diapungkan pada 10 Jun 2024 iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

Penetapan harga ini dibuat berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Pihak kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” tambah kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd