Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Harga Ayam Di Sabah Cecah RM12 Sekilogram, Bekalan Masih Mencukupi

Harga ayam bulat super di Sabah dilaporkan masih pada paras antara RM11.90 hingga RM12 sekilogram terutamanya di kawasan sekitar bandar raya.

Menurut laporan Berita Harian, kebanyakan di pasar raya dan pasar raya besar mengenakan harga kawalan RM11.90 hingga RM11.99 sekilogram manakala di Pasar Besar Kota Kinabalu RM12 sekilogram.

Bagaimanapun, tiada sebarang masalah mengenai bekalan ayam di bandar raya tersebut walaupun subsidi dan harga kawalan bakal ditamatkan bermula esok.

Harga ayam di Sabah

Artikel lain: Subsidi Harga Ayam Ditamatkan Bermula Rabu Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pembeli juga boleh membuat pilihan bahagian lain seperti paha, dada dan kepak dimana harganya lebih tinggi berbanding seekor ayam.

Walaupun harga keratan untuk beberapa bahagian ayam lebih mahal namun, ia sering mendapat permintaan yang tinggi berbanding ayam bulat kerana pembeli ingin membeli dalam kuantiti yang sedikit.

Difahamkan, harga kepak ayam segar ketika ini adalah antara RM17 hingga RM19 sekilogram, manakala keratan paha dan dada ayam dijual antara RM13.90 hingga RM15 sekilogram.

Semalam, kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa Rabu ini  (1 Nov), kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rasional untuk penamatan subsidi secara pukal bagi ayam ini adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Sumber: Berita Harian (Izwan Abdullah)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd