Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Haqiem Stopa Dakwa Susah Nak Jumpa Anak – “Tiap Kali Dia Marah, Mesti Tak Dapat Jumpa”

Personaliti media sosial Haqiem Stopa meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa sukar untuk bertemu anak lelakinya, Hud selepas bercerai dengan bekas isteri, Aireena Sofia.

Tiap kali maras mesti susah jumpa

Menerusi satu hantaran di media sosial, Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, mendakwa dia sering berdepan kesukaran setiap kali ingin meluangkan masa bersama anaknya itu.

“Setiap kali awak rasa nak marah saya, mesti saya tak dapat jumpa anak. Saya pun tak tahu apa salah saya dah. Sampai dah penat saya, setiap kali posting awak orang asyik salahkan saya.
“Apa cara awak, semua saya ikut. Letak syarat seminggu dua kali, dua jam satu kali jumpa. Itu pun saya tak dapat sebab awak sibuk kerja, jadi saya kena ikut masa awak. Itu pun saya okay dan saya masih kena salahkan,” ciapannya, hari ini.

Menurut Haqiem lagi, dia mempersoalkan sampai bila situasi sebegitu harus terjadi memandangkan dia hanya mahu meluangkan masa bersama anaknya.

“Cuma nak tanya benda ini sampai bila?” luahnya.

Artikel lain: Bekas Isteri Haqiem Stopa Akui Makin Tenang, Jarang Sedih Lepas Bercerai

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu Haqiem dan Aireena sah bercerai talak satu pada 13 Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sumber: Threads haqiem_stopa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd