Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bekas Isteri Haqiem Stopa Akui Makin Tenang, Jarang Sedih Lepas Bercerai

Bekas isteri pempengaruh Haqiem Stopa iaitu Aireena Sofia kini dilihat semakin tenang menempuh fasa baharu dalam kehidupannya setelah lebih sebulan berpisah.

Jarang sedih lepas cerai

bekas isteri haqiem stopa Jarang sedih lepas cerai

Memetik laporan mStar, Aireena atau lebih mesra dipanggil Jane, 22, memaklumkan dia memilih untuk menerima segala ketentuan dengan hati yang reda demi kebaikan diri serta anak tunggalnya.

“Alhamdulillah sekarang sudah makin baik dan fokus saya hanya pada anak serta kerjaya. Tiada masa untuk fikirkan masalah lama.
“Perasaan sedih pun dah makin berkurang sebab saya dah menerima takdir yang telah ditetapkan buat saya,” kata Jane.

Menurutnya, dorongan berterusan daripada keluarga dan sahabat menjadi kekuatan utama untuk dia bangkit selepas melalui tempoh sukar tersebut.

Dalam pada itu, Aireena turut mengakui namanya semakin mendapat perhatian ramai sehingga menerima pelbagai tawaran termasuk dalam bidang lakonan dan pengiklanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, buat masa ini dia meletakkan keutamaan terhadap anak lelakinya, Hud, selain komited melaksanakan beberapa kempen media sosial yang sedang dirancang.

“Tawaran untuk berlakon itu memang ada, tapi buat masa sekarang saya terpaksa tolak dahulu sebab kekangan masa dengan menjaga anak serta terlibat dengan beberapa kempen media sosial,” jelasnya.

Artikel lain: Rezeki Selepas Bercerai, Bekas Isteri Chazynash & Haqiem Stopa Dilantik Jadi Duta Hijabistahub

Untuk rekod, Aireena dan Haqiem mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 sebelum sah bercerai pada 13 Januari lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia lima bulan.

Sumber: mStar (Amin Hazlan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd