Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Jatuh Bukan Penghalang! Hanzat Azmi Bangkit Bina Keris & Co. Warnai Industri Fesyen Tempatan

Hanzat Azmi Bangkit Bina Keris & Co

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan hidup.

Pemilik jenama Keris & Co., Hanzat Azmi, 31, membesar dalam keluarga sederhana di Kuala Lumpur sebagai anak keenam daripada sembilan beradik.

Hanzat Azmi Bangkit Bina Keris & Co.

Kehidupan di flat bersama keluarga membentuk semangat kentalnya untuk berjaya dalam industri fesyen tempatan.

“Minat saya memang ke arah fesyen dan dalam masa sama, saya sendiri sering menghadapi masalah mencari baju Melayu yang selesa.
“Kebanyakan fabrik panas, jika fabrik selesa potongan pula tidak kena dengan citarasa,” kata Hanzat.

Dari situlah tercetus idea untuk menghasilkan baju Melayu sendiri yang bukan sahaja selesa tetapi praktikal dipakai setiap hari, bukan sekadar pada musim perayaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bermula dari bawah, beliau memastikan setiap aspek penghasilan produk dilakukan secara lokal, daripada rekaan, jahitan sehingga pengeluaran di kilang tempatan.

Hasilnya, Keris & Co. berjaya menjual lebih 120,000 unit pakaian setakat tahun ini, dengan hampir 70 peratus pelanggan kembali membuat pembelian.

“Sepanjang lapan tahun berniaga, saya pernah jatuh berkali-kali. Pernah sampai satu tahap saya tiada duit dan terpaksa bawa Grab untuk teruskan hidup sebab bisnes tak menjadi.
“Saya pernah berniaga pelbagai produk sebelum ini, tetapi disebabkan masih muda dan tiada pengalaman, ada perkara yang terlepas, pandang seperti aliran kewangan serta dokumentasi,” ujarnya.

Selain itu, Hanzat pernah menerima tawaran menceburi bidang lakonan, tetapi menolak kerana lebih selesa bekerja di belakang tabir.

“Saya lebih selesa berada di belakang tabir, lagipun dunia lakonan bukan minat saya,” katanya.

Sifat pemalu yang menebal juga pernah menjadi halangan, namun Hanzat mencabar diri untuk menjadi live host bagi memasarkan produk sendiri.

“Ketika memulakan jenama ini, semua saya harus lakukan sendiri, dari idea, produksi pakaian sehinggalah jualan.
“Setiap hari saya live selama enam hingga sembilan jam. Sekarang, saya sudah boleh duduk depan kamera tanpa rasa malu,” kata Hanzat.

Selain jualan dalam talian, Keris & Co. juga mendekatkan jenama dengan masyarakat melalui pendekatan kreatif seperti penganjuran flashmob silat dan zapin, serta mengagihkan 100 helai kurta percuma di Pavilion, Bukit Bintang baru-baru ini.

“Tahun depan, kami nak buat lebih besar. Inisiatif ini bukan sekadar pemasaran tetapi juga mahu mengangkat budaya dan tradisi kita ke tempat yang lebih tinggi sesuai dengan jenama kami,” ujarnya.

Jenama yang kini menembusi pasaran Singapura dan Brunei merancang membuka outlet fizikal serta memperkenalkan koleksi pakaian wanita.

@kerisandco

Eh tgh ada promo ni jom jom join! #kerisandco #kurta #telukbelanga #kurtaraya #bajumelayu

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Keris & Co. – Keris & Co.

Sempena musim raya, Keris & Co. menawarkan kurta dan baju Melayu premium daripada fabrik Japanese Cotton pada harga mampu milik RM39 hingga RM129.

Kesemua koleksi Keris &Co. boleh dibeli melalui laman web rasmi, TikTok, dan Shopee.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd