Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hanya Perlukan Masa Setahun Lebih, Remaja Terima Sijil Hafazan Bersanad 30 Juzuk Di Mekah

Seorang remaja hanya memerlukan masa selama setahun enam bulan untuk bergelar hafiz sekali gus menerima sijil hafazan bersanad 30 juzuk di Mekah.

Menerusi laporan Sinar Harian, Muhd Aidit Baihaqi Muhd Nasir telah diberi pengiktirafan dari Institut Maqra’ah Al Alamiah, Mekah pada Khamis lalu.

Foto: Sinar Harian

Pengasas dan mudir Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Raudhah Ribat Assyafie, Datuk Mohd Arif Ismail berkata,  remaja berusia 16 tahun itu telah menjadi pelopor untuk program pengajian hafazan tersebut yang telah dijalan secara dalam talian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pelajar ini mengikuti kelas bersama guru-guru di Makkah secara online mengikut jadual ditetapkan. Kebiasaan kelas di Malaysia bermula pada waktu antara jam 5 hingga 6 pagi secara dalam talian,” katanya pada Isnin.

Jelasnya, para pelajar yang turut serta dalam program tersebut hanya memerlukan masa kira-kira satu tahun enam bulan untuk menamatkan hafazan sekali gus bergelar seorang hafiz.

Foto: Sinar Harian

Selain dapat meningkatkan penguasaan tajwid dan bacaan, Mohd Arif turut memaklumkan bahawa program berkenaan merupakan satu-satunya pusat tahfiz yang terdapat di tanah suci serta menawarkan sijil seperti yang dinyatakan.

“Sijil ini diiktiraf di Makkah di bawah Institut Maqra’ah Al Alamiah. Selain itu, kita sasarkan untuk membuka penyertaan kepada semua pihak untuk sertai program ini.
“Ia bukan melibatkan pelajar dari Pusat Pengajian Islam dan Tahfiz Raudhah Ribat Assyafie sahaja malah kita mahu buka peluang tersebut kepada semua pelajar tahfiz di Malaysia untuk ikuti program ini,” ujarnya.

Tambahnya lagi, terdapat dua orang pelajar yang mencipta kejayaan seperti Aidit pada tahun lalu iaitu Muhamad Syakirin Mohd Salleh berusia 19 tahun dan Abdullah Muqri Abd Aziz, 18 tahun.

Difahamkan, kini terdapat lapan orang lagi penuntut yang masih menunggu giliran untuk bergelar hafiz serta pihaknya telah mensasarkan dua orang untuk menamatkan hafazan pada tahun depan.

Sumber: Sinar Harian (Nurfadlina Izzati Moktar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd