Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Hanya Berjubah ketika Konsert, Nyanyian Mulan Jameela Terima Pujian -“Suara Masih Padu!”

Saban hari kita dapat melihat, ramai selebriti Malaysia mahupun negara jiran kini tampil dengan imej berhijab selepas sekian lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

Tidak terkecuali, penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela sejak 2019 semakin mendapat perhatian ramai apabila dia tetap istiqamah dalam memperjuangkan imej terbaharunya yang bertudung sebagai wanita muslim.

Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @hahs anir di laman  TikToknya, Mulan mencuri perhatian netizen apabila dia tampil menyanyikan lagunya berjudul Makhluk Tuhan Paling Seksi di konsert Faztival Fazura, baru baru ini.

@hahsanir

#mulanjameela #makhluktuhanpalingsexseeeh #fyp #cantik #kerenbanget

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Hahs Anir – Hahs Anir

Dalam video tersebut, meskipun Mulan memakai jubah serta tudung berwarna merah, ia tidak menghalangnya untuk memberi persembahan yang terbaik kepada penonton.

Bukan itu sahaja, dia juga dapat menggalunkan lagu tersebut dengan penuh bersemangat dan vokalnya juga tetap luar biasa walaupun sudah berusia 43 tahun.

Alhamdulilah, tetap istiqamah..bagusnya Mulan!

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum mereka apabila melihat kepada perubahan yang ditunjukkan oleh Mulan yang mampu kekal istiqamah dalam berhijab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun pakai jubah, suara tetap hebat dan padu!

Malah, netizen turut memuji aura isteri kepada Ahmad Dhani yang masih hebat walaupun pada ketika persembahan dia hanya memakai jubah.

Sumber: TikTok @hahs anir

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd