Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hanya 22 Hari Di Dunia, Ibu Kongsi Detik Terakhir Lihat Bayi Masih Bernyawa

Kegembiraan seorang ibu menyambut kelahiran cahaya mata lelaki sulung bertukar pilu apabila bayinya yang baru berusia 22 hari ditemui tidak bernyawa ketika sedang tidur.

Meninggal dalam tidur

Memetik laporan Harian Metro, menurut ibunya, Nabilah Huda Abdul Shukor, 32, bayi lelaki tersebut, Aariz Hayyan Mohd ‘Abqari, dilahirkan dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi sepanjang kehamilan mahupun proses kelahiran pada 9 Januari lalu.

Nabilah berkata, kejadian tragis itu berlaku pada awal pagi 30 Januari sebelum disedari sekitar jam 6 pagi.

Katanya, bayi berkenaan telah tidur sekitar jam 2.30 pagi pada hari kejadian, sebelum keadaan disedari suaminya, Mohd ‘Abqari Noor Azman, 35, sekitar jam 6.40 pagi ketika beliau bersiap untuk ke tempat kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ketika itu, bayi kami kelihatan pucat pada tangan dan kaki, manakala bahagian kiri kepalanya bertukar kebiruan. Saya nampak dia sudah tidak bernafas dengan tangan dan kakinya sudah sejuk.
“Posisi badannya ketika itu dalam keadaan terlentang dengan kepala menghadap ke bahagian kiri iaitu ke arah saya iaitu sama seperti posisi terakhir ketika meletakkannya tidur,” katanya.

Dalam keadaan masih berpantang, Nabilah yang bekerja sebagai penganalisis perniagaan berkata, dia tidak menyangka langsung pemergian anaknya berlaku ketika sedang tidur.

“Setiap malam, anak tidur di tilamnya sendiri pada waktu malam dan sebelum tidur, saya akan pastikan persekitaran semua dalam keadaan selamat.
“Saya amat terkejut kerana Aariz Hayyan tidak pernah ada sejarah masalah kesihatan sejak dari dalam kandungan lagi. Kelahirannya juga tiada sebarang komplikasi. Malah, dia dilahirkan secara normal dan cukup bulan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, tiada sebarang tanda awal yang menunjukkan bayi mereka mengalami masalah kesihatan.

“Sebelum ini, dia sihat dan tiada demam, batuk mahupun selesema. Cuma pada malam sebelum kejadian itu, dia tidur agak lewat berbanding kebiasaan.
“Kebiasaannya, dia akan terus tidur sejurus selepas saya menyusukan dia. Namun pada malam itu, dia macam mahu ‘bermain sendiri’ tetapi tidak menangis.
“Saya lihat dia bermain dengan jari dan tangannya sendiri lebih kurang 30 minit sebelum tidur. Siapa sangka, itu adalah detik terakhir saya melihatnya bernyawa,” ujarnya.

Nabilah turut meluahkan rasa pilu dengan pemergian anak lelaki bongsunya itu yang belum pun mencecah usia sebulan.

“Bayangkan, belum sempat sebulan saya memegang sijil kelahirannya, saya terpaksa melangkah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sekali lagi bagi mengurus sijil kematiannya pula.
“Apatah lagi, Aariz Hayyan adalah anak lelaki pertama kami selepas kelahiran dua kakaknya masing-masing berusia enam dan tiga tahun,” kongsinya.

Sebelum ini, Nabilah turut berkongsi di Threads mengenai sijil kelahiran dan sijil kematian anaknya yang berlaku dalam tempoh kurang sebulan, sekali gus menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, perkongsian tersebut sekadar luahan perasaan seorang ibu yang merindui anak syurganya.

“Saya tidak sangka hantaran itu mendapat perhatian warganet. Saya berasa sebak dan hiba apabila ramai orang sudi mendoakan serta memberi kata-kata semangat meskipun tidak mengenali kami.
“Justeru, saya berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa ada bersama di saat saya berada di titik paling rendah dalam hidup sepanjang bergelar ibu.
“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan mereka,” tambahnya lagi.

Artikel lain: “Hantar Sihat, Ambil Tak Sedarkan Diri” – Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia

Difahamkan, jenazah bayi tersebut telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selaseh, di sini.

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menzahirkan rasa bangga apabila kadar gaji hakim di negara itu didakwa kini melonjak sehingga 280 peratus, sekali gus dipercayai mengatasi...

Lokal

Polis mengesahkan lelaki yang ditahan kerana mengurung dan meliwat seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di sebuah pangsapuri di Bukit Kemuning di sini merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd