Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Hantaran Pegawai Bank Tentang PMX, RHB Jalankan Siasatan Dalaman

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula imej Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) daripada akaun lain yang dikenali sebagai “putsz”.

Pegawai bank wanita mohon maaf

Tindakan itu bagaimanapun membawa padah apabila ramai pengguna media sosial mengecamnya, terutama selepas mengetahui wanita tersebut merupakan pekerja di sebuah bank terkemuka negara.

bank

Tidak lama kemudian, pekerja bank terbabit tampil memuat naik permohonan maaf secara terbuka, mengakui kesilapan dan menyatakan kekesalannya terhadap apa yang berlaku. Dia turut berjanji untuk lebih berhati-hati ketika menggunakan media sosial selepas ini.

Artikel lain: Murid Mengadu Terus Ke PMX, Pintu Tandas Sekolah Rosak -“Dua Rosak, Dua Boleh Pakai”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, pihak RHB Banking Group dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan bahawa mereka sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung isu terbabit.

bank

Menurut kenyataan itu, pandangan atau hantaran dibuat oleh individu berkenaan adalah bersifat peribadi dan tidak mencerminkan pendirian rasmi RHB.

“RHB sentiasa menegakkan nilai profesionalisme, integriti dan rasa hormat dalam setiap urusan. Sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran terhadap kod etika, tindakan disiplin akan diambil,” katanya.

Kejadian ini sekali lagi mengingatkan bahawa setiap perkongsian di media sosial membawa tanggungjawab dan satu klik yang dianggap remeh, boleh mengubah banyak perkara.

bank

Sumber: Facebook @Siti Nurziswanis Mohd Zain, Facebook @RHB Group

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd