Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hampir RM50,000 Diperuntuk Sepanjang Program Santuni Komuniti Madani – YWM

Hampir RM50,000 telah diperuntukkan sepanjang program Santuni Komuniti Madani Peringkat Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, menerusi program itu, seramai 750 penduduk termasuk golongan asnaf sekitar Kampung Bharu, Kuala Lumpur telah menerima sumbangan berjumlah RM49,955.

“Walaupun nilai sumbangan tidaklah sebesar mana, tetapi usaha yang dilaksanakan ini merupakan titik permulaan kepada agensi-agensi di bawah saya untuk terus berkhidmat kepada penduduk Kampung Bharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Program Santuni Komuniti MADANI Peringkat Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Orang Ramai Kampung Paya Kampung Bharu pada Ahad.

Program tersebut adalah anjuran bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), TV Al-Hijrah, Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP), dan Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata, sebanyak sembilan aktiviti telah dilaksanakan sepanjang Program Santuni Komuniti MADANI semalam antaranya Kayuhan Prihatin Wakaf oleh YWM, Program Santuni Asnaf oleh MAIWP, TV Al-Hijrah
dan PPZ serta Program Keceriaan Sekolah oleh YWM.

“Aktiviti lain juga adalah Program Walkabout oleh YWM dan MAPIM, Program Gotong-Royong Memasak Bubur Lambuk
oleh TV Al-Hijrah dengan kerjasama penduduk Kampung Jawa, Program Gunting Rambut Percuma oleh YWM, Program Pemeriksaan Kesihatan oleh MAPIM, Program Ceramah Advokasi Kesedaran Penipuan Pakej Umrah oleh JAWHAR dan Program tazkirah oleh personaliti TV Al-Hijrah,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau akan terus mengetengahkan instrumen kewangan sosial Islam dalam inisiatif berkenaan supaya dapat membantu memperkasakan tahap sosioekonomi warga Kampung Bharu bersama semua agensi agama di bawah pentadbirannya.

“Sebagai makluman, YWM merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang telah bergerak aktif di lapangan muamalah bagi menyantuni golongan yang memerlukan, sama ada menggunakan dana Wakaf Tunai Malaysia, dana manfaat wakaf atau dana CSR Prihatin YWM,” katanya lagi.

Terdahulu, Kampung Bharu telah diangkat sebagai Kampung Angkat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 27 Julai lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd