Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Hadiri Kempen PH, BERSATU Pecat Dua Wakil Rakyat

BERSATU membuat keputusan untuk memecat Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi dan Ahli Dewan Negeri (Adun) Selat Kelang, Abdul Rashid Asari berkuat kuasa serta merta kerana menghadiri kempen Pakatan Harapan (PH) di Kuala Kubu Bharu malam tadi.

Memetik laporan Malaysiakini, Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin mendakwa kedua-dua mereka mesti mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan di kawasan yang dimenangi mereka.

Foto: Utusan

“Mereka bercakap di pentas PH semasa kempen di KKB. Mengikut perlembagaan kita (BERSATU), keahlian mereka dilucutkan secara automatik.
“Mereka tidak lagi menjadi ahli parti, jadi mengikut undang-undang (antilompat parti), mereka juga mesti melepaskan kerusi mereka.
“Surat pelucutan keahlian kedua-dua mereka akan dikeluarkan selepas mesyuarat majlis tertinggi Bersatu minggu depan,” katanya.

Foto: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, BERSATU telah capai keputusan muktamad berhubung nasib Suhaili dalam parti, akan tetapi perkara itu perlu disahkan pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang.

Sekadar info, Zulkapferi adalah antara enam Ahli Parlimen BERSATU yang sebelum ini berikrar menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim, demi kesejahteraan pengundi mereka.

Lima lagi yang mengsiytiharkan sokongan kepada Anwar adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Manakala Abdul Rashid pula menyokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dalam dewan undangan negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa seseorang pemimpin yang berbohong kepada rakyat bukan sahaja melakukan dosa, malah dianggap mengkhianati kepentingan negara. Pertahan pencapaian pentadbiran...

Nasional

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor supaya menghentikan segala bentuk aktiviti berkempen sebaik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd