Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Agama Mengaku Tak Bersalah! Didakwa Amang Seksual Dua Budak, Hasilkan Gambar Tak Senonoh

Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak lelaki serta menghasilkan gambar lucah melibatkan salah seorang mangsa.

Tertuduh, Muhammad Faiz Muhamad Ramly, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah madrasah di Jeli antara jam 1.10 tengah hari hingga 5 petang pada 9 Mei 2026.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun selain menghasilkan gambar pornografi kanak-kanak itu di sebuah rumah di Jeli pada Mei 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertuduhan pertama hingga ketiga dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Artikel lain: Guru 42 Tahun Didakwa Beri Gambar Lucah, Berdepan 5 Tuduhan Amang Seksual

Sementara itu, pertuduhan keempat dibuat di bawah Seksyen 5 akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan minimum enam sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Nai’lah Harizan manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Zaem Ab Aziz.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 10 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Sumber: Sinar Harian 

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd