Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gugurkan Kandungan Guna Ubat Online RM600, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Seorang wanita berusia 21 tahun dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Melaka selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian janin dalam kandungannya yang berusia lima bulan minggu lalu di negeri tersebut.

Menurut laporan Utusan Malaysia, keputusan itu dibuat oleh Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman selepas tertuduh, Norazzeti Azima Awang Long, mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.

Foto: Utusan Malaysia

Mengikut pertuduhan, Norazzeti didakwa mengambil ubat misoprostol pada malam 12 Mei 2025 di sebuah bilik kediaman di Imperio Residence Tower A, Melaka Tengah, dengan niat untuk menggugurkan kandungan.

Tindakannya itu disabitkan di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Siasatan mendapati tertuduh telah mendapatkan rawatan di Hospital Melaka kerana mengalami bengkak susu sebelum mengaku telah mengambil ubat menggugurkan kandungan yang dibeli secara dalam talian dengan harga RM600.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, janin tersebut kemudian diserahkan kepada seorang rakan untuk ditanam.

Timbalan Pendakwa Raya, Syaza Nur Sharif, memohon agar hukuman yang setimpal dikenakan dengan mengambil kira peningkatan kes berkaitan isu sosial seperti ini.

Foto: Harian Metro

Dalam rayuannya, peguam tertuduh, Muhammad Izzuddin Ab. Malek, memohon hukuman minimum atas faktor tertuduh bekerja sebagai barista dengan pendapatan bulanan RM1,800, selain menanggung ayahnya yang uzur dan tiga adik yang masih bersekolah.

Tambah beliau, tindakan tertuduh itu didorong oleh desakan berterusan daripada teman lelakinya.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 19 Mei 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Muhammad Shahizam Tazali)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd