Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

GSC Klang Parade Mall, GSC Heritage Mall Kota Tinggi Tutup Operasi 1 April Ini

Golden Screen Cinema (GSC) mengumumkan dua lagi operasinya di GSC Klang Parade Mall dan GSC Heritage Mall Kota Tinggi bakal tutup operasi tidak lama lagi.

Menerusi satu kenyataan di Instagram rasmi syarikat itu, GSC Klang Parade Mall dan GSC Heritage Mall Kota Tinggi bakal menyiarkan tayangan terakhir pada 31 Mac dan secara rasmi akan menamatkan operasi pada 1 April.

View this post on Instagram

A post shared by GSC 🍿 (@gscinemas)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ia merupakan sebuah perjalanan yang luar biasa sepanjang bersama anda. Kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan tak berbelah-bahagi daripada anda sepanjang tahun ini,” katanya.

Artikel lain: Agong Titah ‘Bulan Madu’ Hampir Tamat, Siap Sedia Memerintah Negara

Dalam pada itu, pihak syarikat itu turut menyatakan orang ramai untuk datang ke GSC terdekat sebagai ganti kepada GSC Klang Parade Mall dan GSC Heritage Mall Kota Tinggi.

“Walaupun GSC Klang Parade Mall dan GSC Heritage Mall Kota Tinggi bakal ditutup, anda masih boleh menikmati filem di pawagam berdekatan anda di GSC Setia City Mall dan GSC IOI Mall Kulai,” ujarnya.

GSC Klang Parade Mall dan GSC Heritage Mall Kota Tinggi tutup operasi 1 April

GSC Klang Parade Mall Tutup Operasi

Sekadar info, GSC juga telah menamatkan beberapa operasi lain bermula pada 14 Ogos 2023 di GSC Alamanda Putrajaya dan GSC Berjaya Times Square pada 27 November 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada tahun ini pula, GSC turut menamatkan operasinya di GSC 3 Damansara pada 18 Mac lalu dan GSC Klang Parade Mall dan GSC Heritage Mall Kota Tinggi merupakan penutupan panggung wayang keempat syarikat ini.

Sumber: Instagram GSCinemas

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd