Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MESF Akan Perkenal Garis Panduan Keselamatan Roblox Bagi Lindungi Kanak-Kanak

Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) akan memperkenalkan satu garis panduan keselamatan digital termasuk untuk permainan dalam talian Roblox bagi melindungi kanak-kanak.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), Presidennya Muhammad Naim Mohd Zaharin memaklumkan langkah tersebut turut dipersetujui Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, serta wakil Roblox selepas membuat perbincangan bersama, semalam.

Katanya lagi, pihaknya tetap memainkan peranan penting dalam membantu mengurangkan risiko serta gejala tidak sihat dalam kalangan pemain muda walaupun tidak semua permainan video dikategorikan sebagai sukan elektronik.

Garis panduan keselamatan

Garis panduan keselamatan

Foto: FMT

“Kita akan mengeluarkan garis panduan keselamatan yang bersesuaian (termasuk bagi permainan Roblox) dan melaksanakan program kesedaran bagi membendung isu ini secara bersepadu.
“MESF bersama pemegang taruh turut akan mengeluarkan penjelasan mengenai bentuk permainan yang sesuai berdasarkan had umur,” katanya.

Kebimbangan terhadap keselamatan permainan dalam talian semakin meningkat berikutan insiden membabitkan kanak-kanak yang dikaitkan dengan pengaruh permainan Roblox.

Artikel lain: Kes Leher Dikelar: Polis Tak Tolak Pengaruh ‘Game’, Abang Hilang Sejuta ‘Point’ Dikumpul

Advertisement. Scroll to continue reading.

Garis panduan keselamatan

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang cedera parah selepas dikelar oleh abangnya yang berusia sembilan tahun menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak demikian kerana berang selepas permainan dalam taliannya terganggu. Kejadian itu berlaku apabila mangsa merosakkan telefon bimbit suspek hingga menyebabkan kehilangan kira-kira sejuta mata terkumpul (point) dalam permainan tersebut.

Mangsa dikatakan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) manakala ibu dan bapa kanak-kanak itu direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

dikelar

Sumber: Free Malaysia Today (Anne Muhammad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd