Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

G57 Taja Umrah Buat Ibu Zara Qairina Sebagai Sokongan Emosi

Pemergian tragis Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13, terus meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia. Dalam deretan simpati dan doa yang mengalir, hadir satu bentuk sokongan nyata iaitu tajaan umrah khas buat ibunya, Noraidah Lamat, 45.

Menurut laporan Harian Metro, tajaan itu bukan sekadar hadiah, tetapi satu bentuk pelukan kemanusiaan yang datang daripada Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar, yang berhasrat membawa sedikit ketenangan buat si ibu yang sedang merawat luka kehilangan.

G57

Foto: Hariam Metro

“Niat saya untuk menaja beliau ke Tanah Suci adalah agar jiwanya dapat tenang, dan pada masa sama mendoakan ketenangan roh Allahyarhamah,” katanya.

Zara, pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah agama di Papar, Sabah, ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 16 Julai lalu dan kemudian meninggal dunia pada keesokan harinya ketika sedang dirawat.

Kes ini mencuri perhatian seluruh negara selepas timbul dakwaan wujudnya unsur buli membabitkan pelajar senior di sekolah tersebut.

Artikel lain: Kes Zara Qairina: Dakwaan Dimasukkan Dalam Mesin Basuh Satu Spekulasi – Peguam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Zulkarnain, beliau sendiri telah menghubungi Noraidah baru-baru ini dan tidak dapat menyembunyikan emosinya sepanjang perbualan tersebut.

“Saya percaya, hanya seorang ibu yang tahu bagaimana rasanya kehilangan anak dengan penuh persoalan, tanpa jawapan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, G57 turut menyerahkan memorandum kepada wakil Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Istana Negara, memohon agar satu prosiding inkues terbuka diadakan bagi merungkai punca sebenar kematian Zara.

G57

Foto: Utusan Malaysia

Zulkarnain turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas jaminan bahawa pelaku terlibat tidak akan dilindungi. Menurutnya, komitmen itu penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan negara.

“Untuk makluman, G57 akan menghantar memorandum sama kepada Sultan Pahang, Sultan Perak dan seluruh Raja-Raja Melayu agar perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
“G57 berharap seluruh rakyat Malaysia bersama-sama memperjuangkan keadilan buat Zara Qairina sehingga kes ini mendapat pembelaan sepenuhnya,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd