Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

FOMCA Seru Perlindungan Golongan B40, Kumpulan Rentan Susulan Pengurangan Subsidi Telur

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyatakan kefahaman terhadap langkah kerajaan mengurangkan secara berperingkat dan akhirnya menamatkan subsidi menyeluruh bagi telur ayam, sejajar dengan pelan rasionalisasi subsidi yang lebih meluas.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Pegawai Eksekutif FOMCA, Saravanan Thambirajah, langkah ini dilihat sebagai usaha kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan negara dan menyalurkan sumber fiskal yang terhad kepada sektor dan kumpulan yang paling memerlukan.

Foto: Fomca

Namun begitu, FOMCA menekankan keperluan untuk memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah (B40) dan kumpulan rentan terus dilindungi, memandangkan mereka merupakan kumpulan yang paling terkesan dengan sebarang pelarasan harga barangan asas.

FOMCA turut berharap Bantuan Sara Hidup melalui sistem eKasih dapat dilaksanakan dengan berkesan supaya tiada isi rumah yang tercicir.

Sekiranya harga barangan asas terus meningkat, FOMCA mencadangkan agar jumlah bantuan turut dinaikkan bagi mengurangkan beban pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami menggesa kerajaan memastikan pelaksanaan dan capaian program eKasih dilaksanakan dengan berkesan supaya tiada isi rumah yang tercicir.
“Pertimbangkan untuk meningkatkan jumlah bantuan sekiranya harga barangan keperluan menunjukkan peningkatan yang ketara.” katanya.

Seiring dengan pengurangan dan pemansuhan subsidi yang dijangka menyebabkan kenaikan harga telur, FOMCA turut menekankan pentingnya kerjasama erat antara kerajaan, pengeluar dan peruncit bagi memastikan bekalan kekal stabil serta mengelakkan pembelian panik dan lonjakan harga secara mendadak.

Foto: Harian Metro

Dalam masa sama, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) digesa untuk memantau Indeks Harga Pengguna (IHP) secara berterusan serta mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kenaikan harga yang tidak munasabah serta FOMCA juga menuntut agar sistem penetapan harga dilaksanakan secara telus dan adil.

Mulai esok, kadar subsidi bagi telur ayam akan dikurangkan daripada 10 sen kepada lima sen sebiji sebelum dimansuhkan sepenuhnya bermula 1 Ogos ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebelum ini memaklumkan  bahawa keputusn itu dibuat  berdasarkan komitmen industri untuk memastikan pengeluaran telur kekal mencukupi dan stabil susulan penurunan kos pengeluaran.

Sumber: Buletin tv3 (Nurul Amalina Zainudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majikan kepada Dicky Yau, iaitu lelaki yang dibantu oleh Abang Minyak Hitam Jalanan sewaktu mengalami kesulitan disebabkan motosikal yang ditunggangi mengalami masalah. Menerusi perkongsian...

Bisnes

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal tangki, Ocean Thunder, telah selamat tiba di Malaysia hari ini dengan membawa satu juta tong minyak mentah dari...

Dunia

Tentera Iran pada Sabtu mengumumkan penutupan semula Selat Hormuz hanya beberapa jam selepas ia dibuka, ketika lebih sedozen kapal dagang sedang melalui laluan maritim...

Lokal

Seorang anggota polis yang didakwa melakukan pencerobohan dan khianat terhadap rakan setugas dikenakan hukuman denda RM1,000 serta perintah berkelakuan baik selama dua tahun selepas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd