Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fitnah Sultanah Terengganu, Rewcastle-Brown Dipenjara 2 Tahun

Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah fitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Hukuman tersebut diputuskan oleh Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri pada Rabu selepas tertuduh berusia 65 tahun didapati bersalah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah).

Rewcastle-Brown berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah melalui buku The Sarawak Report-The Inside Story of the 1MDB Expose.

“Di mana di dalamnya pada muka surat 3, perenggan 4, baris 7 mengandungi tohmahan seperti mana yang digariskan iaitu “the wife of the sultan,” terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah yang merupakan satu fitnah di mana kamu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa tohmahan tersebut akan merosakkan nama baik Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.”

 

fitnah Sultanah Terengganu

Artikel lain: Ramasamy Saman Zakir Naik Pula, Dakwa Difitnah Dalam Ceramah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap tertuduh kerana gagal menghadirkan diri untuk dituduh berkaitan kes fitnah terhadap Sultanah Nur Zahirah.

fitnah Sultanah Terengganu

Terdahulu, Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown berhubung fitnah dalam buku berkenaan dan menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta.

fitnah Sultanah Terengganu

Difahamkan, baginda memfailkan saman pada 21 November 2018 mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terbabit dalam amalan rasuah serta mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim), Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd