Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Final Piala Dunia 2026: Tolak Gavi, Paredes Mohon Maaf Akui Gagal Kawal Emosi -“Hormat Lawan Anda”

Insiden tegang mewarnai aksi final Piala Dunia 2026 apabila pemain Argentina dan Sepanyol terlibat dalam pergaduhan sejurus wisel penamat dibunyikan.

Situasi tersebut tercetus selepas pemain Argentina, Leandro Paredes dilihat tidak berpuas hati dengan pertahanan Sepanyol, Eric Garcia sebelum menolak Gavi sehingga mencetuskan kemarahan pemain La Roja.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui, namun ia dipercayai berpunca daripada provokasi antara pemain selepas tamat perlawanan.

Mengulas insiden itu, Paredes mengakui gagal mengawal emosi dan tampil memohon maaf atas tindakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya melihat mereka meraikannya di hadapan saya. Pada saat itu, ia terasa sangat menjengkelkan dan, sejujurnya, seperti tidak menghormati kami.
“Anda perlu menghormati lawan anda, terutamanya selepas perlawanan seperti itu.
“Saya tidak berbangga dengan reaksi saya. Saya ingin meminta maaf atas perkara itu.

“Tetapi sangat sukar untuk mengawal emosi anda dalam waktu itu.
“Mungkin saya bertindak balas secara berlebihan, dan saya menerima akibatnya.
“Tetapi saya juga percaya harus ada rasa hormat antara pemain,” kata Paredes.

Kegagalan Argentina mempertahankan kejuaraan menyaksikan mereka terpaksa akur apabila Sepanyol muncul juara dunia buat kali kedua selepas kemenangan pada 2010.

Sepanyol memastikan trofi Piala Dunia 2026 menjadi milik mereka menerusi jaringan lewat permainan oleh Ferran Torres.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Landskap keselamatan global semakin dinamik, dengan ancaman yang tidak lagi terhad kepada serangan fizikal atau bersenjata. Justeru, ukuran kekuatan sesebuah negara pada masa ini...

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd