Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Enam Wanita Lagi Dikaitkan Dengan ‘Hot Daddy’ Ditahan, Bersetubuh Secara Sukarela

Enam wanita lagi ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes lelaki tempatan dikenali ‘Hot Daddy’ yang menjalankan aktiviti menjual video lucah melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa.

Memetik BH Online, kesemua suspek berusia 21 hingga 36 tahun itu yang mempunyai kaitan dengan ‘Hot Daddy’ ditahan pada minggu lalu menerusi fasa kedua Op Daddy.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Moh Shuhaily Mohd Zain berkata, keenam wanita itu melakukan kegiatan tersebut secara sukarela.

“Siasatan mendapati keenam wanita itu melakukannya (hubungan seks) secara sukarela, tiada paksaan dan ada yang bermotifkan keuntungan.
“Semua mereka sudah direman bagi membantu siasatan bagi mengesan individu lain yang terbabit dalam penghasilan video seks,” katanya.

hot daddy ditahan

Kredit Foto: NST

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: SKMM Sudah Sekat Akaun Telegram ‘Gigolo Tempatan’ Yang Ditahan Kelmarin

Pada Jumaat lalu, duda anak tiga dikenali ‘Hot Daddy’ ditahan kerana merakam dan menjual video aksi seks melalui aplikasi X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan.

Lelaki terbabit, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan dua teman wanitanya, Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Ketiga-tiga mereka dituduh mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

hot daddy ditahan

Sumber: BH Online (Norzamira Che Noh)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd