Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Empat Sekeluarga Terselamat Selepas Kereta Hanyut Dibawa Arus Deras

Empat sekeluarga melalui detik mencemaskan apabila kereta yang mereka naiki dihanyutkan arus sebelum terbabas ke dalam longkang ketika cuba meredah laluan banjir di Jalan Bentong–Gua Musang, berhampiran Kampung Tersan, hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Raub, Kapten Samasuddin Kambade, berkata kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.

hannyut

Foto: Harian Metro

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, pemandu cuba meredah kawasan yang dinaiki air dalam keadaan hujan lebat dan arus kuat.

Artikel lain: Ribut Tropika Senyar Ragut Nyawa Pertama, Pelantar Runtuh Babitkan 8 Mangsa Di Port Dickson

Namun, tindakan itu menyebabkan kenderaan berkenaan hanyut ke bahu kiri jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang dan ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semua mangsa sempat keluar dari kenderaan untuk menyelamatkan diri, termasuk seorang wanita orang kurang upaya (OKU). Pasukan APM yang kebetulan melalui kawasan tersebut segera memberi bantuan dan mendapati wanita OKU berusia 60 tahun itu mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raub untuk menerima rawatan, manakala APM turut membantu mengalihkan kenderaan terbabit ke kawasan lebih selamat.

hanyut

Samasuddin memaklumkan, laluan tersebut ditenggelami banjir sepanjang 100 meter dengan kedalaman sekitar 0.7 meter akibat hujan lebat dan limpahan air dari sungai berdekatan.

“Laluan ini ditutup sementara kepada semua kenderaan ringan dan papan tanda amaran turut dipasang bagi menasihatkan pengguna supaya menggunakan jalan alternatif,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Fazli Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerjasama strategik antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal memperkukuh kesedaran pertahanan dalam kalangan mahasiswa, di samping memberi nilai tambah...

Kolumnis

Persekitaran keselamatan serantau yang berubah pantas menuntut sumber manusia pertahanan yang tangkas, celik teknologi dan mampu beroperasi dalam rangka kerjasama awam–tentera. Melalui Kajian Separuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd