Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Dulu Isteri Pertama & Anaknya Rayu…”- Kamal Hisham Dedah Perkara Sebenar, Kini Bukan Lagi Peguam Rosmaini

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah sepenuhnya di bawah bidang kuasa hakim.

Menurut beliau, sistem perundangan negara yang mengamalkan sistem adversarial menetapkan bahawa hakim tidak berperanan aktif mencari bukti, sebaliknya hanya memastikan perjalanan perbicaraan berlangsung secara adil berdasarkan bukti yang dikemukakan.

“Keputusan mahkamah adalah urusan Hakim Mahkamah yang bijaksana,” katanya.

Beliau menjelaskan, hanya dokumen serta bukti yang memenuhi keperluan teknikal tertentu akan diterima sebagai keterangan di mahkamah, dan kegagalan mematuhi syarat tersebut boleh menyebabkan bukti penting ditolak walaupun berkemungkinan mengandungi kebenaran sebenar.

Mengulas lanjut, Kamal Hisham menegaskan beliau bukan peguambela yang mengendalikan kes Rosmaini di peringkat awal pendakwaan, sebaliknya hanya terlibat selepas mahkamah mendapati wujud kes prima facie.

“Sebenarnya saya bukanlah  Peguambela yang mengendalikan kes perbicaraan beliau berkaitan Jahidah Nordin di peringkat Pendakwaan,” katanya lagi.

Tambahnya, penglibatan beliau adalah secara pro bono selepas tersentuh dengan rayuan serta kesukaran hidup keluarga pertama Rosmaini yang didakwa terabai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, keputusan untuk membantu dibuat selepas meneliti tiga dokumen utama yang didakwa menunjukkan kemungkinan berlakunya salah guna kuasa serta ketidakadilan dalam proses siasatan dan perbicaraan.

“Saya amat benci dengan pembuli dan benci kepada salah guna kuasa oleh pihak pihak tertentu yang mengainaya orang ramai,”tegas beliau.

Menurutnya, usaha pembelaan itu berjaya mendapatkan perintah penggantungan hukuman, sekali gus membolehkan Rosmaini dibebaskan selama satu tahun lima bulan sebelum kembali terpalit dengan kontroversi baharu.

Namun, beliau mengakui tidak mengetahui perkembangan peribadi Rosmaini selepas dibebaskan, termasuk dakwaan terlibat dalam insiden keganasan rumah tangga yang tular di media sosial.

Sehingga 4 Mei 2026, katanya, Rosmaini masih menafikan penglibatannya dalam kes melibatkan Jahidah, namun akur dengan keputusan Mahkamah Rayuan.

“Beliau percaya beliau kalah kes kerana teknikal apabila Mahkamah tidak membenarkan pemangilan semula Saksi Utama dan kegagalan dokumen bukti D45 dan D47 dipertimbangkan,” jelasnya.

Kamal Hisham turut berpandangan keputusan kes berkemungkinan berbeza sekiranya beliau mengendalikan kes sejak awal, khususnya melibatkan dokumen D45 dan D47 yang didakwa berkait dengan pengakuan saksi utama.

“Saya amat percaya sekiranya saya dilantik dari AWAL kes perbicaraan bermula maka keputusa kes ini adalah berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegur persepsi masyarakat terhadap peranan peguam bela yang sering disalah anggap sebagai mempertahankan individu bersalah tanpa memahami prinsip “innocent until proven guilty”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, kritikan yang diterima dianggap sebagai cabaran dalam profesion guaman, namun memilih untuk tidak melayan pandangan negatif yang disifatkan tidak berasaskan ilmu.

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang berilmu tetapi aku pasti kalah berdebat dengan seorang yang jahil,” katanya memetik kata-kata Imam Syafie.

Mengakhiri kenyataan, beliau menegaskan kes tersebut hanyalah sebahagian daripada tugasan hariannya sebagai peguam, selain mendoakan agar Jahidah segera pulih.

Beliau turut mengakui menerima limpahan kes baharu susulan perhatian meluas terhadap kes berkenaan.

“Saya amat berterima kasih kerana memberikan publisiti percuma yang meluas kepada saya,” katanya.

Sumber: FB Kamal Hisham Jaafar JFK

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Lokal

Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter kepada RM4.90 manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 10 sen kepada RM3.97 bagi tempoh 30 April...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd