Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Sahabat Ditahan Curi Tabung Surau, Masjid Untuk Bayar Sewa Rumah Dan Servis Kereta

Dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes kecurian tabung masjid dan surau di sekitar Kuala Pilah telah berjaya ditahan oleh pihak polis pada Rabu lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, suspek dipercayai memecah masuk ke lima buah masjid pada malam Selasa untuk mencuri wang tabung.

Foto: Carian Google

Antara masjid yang diceroboh adalah Masjid Sungai Dua Kecil, Masjid Kuala Sungai Dua, Masjid Kariah Kampung Parit, Masjid Nur Salbiah, dan Masjid Kariah Sungai Dua Besar

“Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah melakukan serbuan berasingan dan berjaya menahan kedua-dua suspek pada Rabu.
“Pengecaman dilakukan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Suspek yang tidak bekerja itu menggunakan alasan wang itu digunakan untuk servis kereta dan membayar sewa rumah,” katanya.

Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Kancil, dua tabung besi, wang tunai sebanyak RM120, serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah tersebut.

Foto: Harian Metro

Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terlibat dalam kesemua lima kejadian pecah tabung masjid di daerah ini dan turut mengaitkan diri mereka dengan beberapa lagi kes lain yang sedang dalam siasatan.

Kedua-dua suspek kini direman selama dua hari bermula Khamis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Ahmad Hasbi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd