Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Rentung Dalam Kereta Terbakar, Mangsa Rupanya Pasangan Kekasih

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit berhampiran kawasan kebun, lalu terbakar.

“Mangsa lelaki, Muhammad Daniel Saberi, 21, merupakan bekas anggota tentera yang kini sedang menjalani rawatan di bawah pengawasan pakar psikiatri.
“Sementara itu, mangsa wanita, Aiza Nur Elysha Sabri, 17, merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu. Kedua-duanya mengalami kecederaan parah dan rentung sepenuhnya. Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Yusof memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.30 pagi daripada orang awam. Menurut beliau, siasatan awal mendapati kereta terbabit terbabas sendiri sebelum merempuh pokok kelapa sawit dan terbakar.

Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat bagi membantu siasatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Malaysia Gazette (Zulhisham Isahak)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd