Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Pertuduhan Fitnah Dan Hasut, Che’gu Bard Mengaku Tidak Bersalah

Ahli Politik dan Aktivis, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang didakwa ke atas dirinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi satu laporan Sinar Harian, lelaki berusia 45 tahun tersebut mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali di mahkamah tersebut hari ini.

Foto: MalayMail

“Saya faham, tidak mengaku salah,” katanya.

Che’gu Bard dilaporkan didakwa atas dua pertuduhan iaitu memfitnah dan menghasut, yang akan merosakkan nama Yang di-Pertuan Agong pada 22 Januari lalu dan awal bulan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa membuat penerbitan menghasut di Facebook, atas nama ‘Chegubard’, di Taman Bukit Cheras, pada jam 12.15 tengah hari, 6 April lalu.
“Dia didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” tulis laporan tersebut.

Selain itu, Pengarah Operasi Jabatan Pilihanraya Bersatu Johor tersebut juga dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, yang mana kenyataan itu akan merosakkan nama baik Agong di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Jalan Sultan Abdul Halim, Kuala Lumpur pada jam 6 petang, 22 Januari lalu.

Foto: Sinar Harian

“Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” ujarnya.

Untuk makluman, Che’gu Bard merupakan pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah pertubuhan bukan kerajaan bagi anak muda radikal Malaysia dan pernah bertanding dalam pilihan raya umum di Malaysia mewakili Parti Keadilan Rakyat.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd