Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Penumpang Termasuk Juruterbang Dalam Pesawat Terhempas

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran 1-POOC telah terhempas dekat Kapar, Selangor pada Selasa dan terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud, pesawat berkenaan yang dikendalikan oleh Air Adventure Flying Club telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada jam 1.28 petang bagi penerbangan rekreasi.

Dua penumpang dalam pesawat terhempas

Artikel lain: Pesawat Ringan Terhempas, Pelakon Speed Racer, Christian Oliver, 2 Anak Maut

“Hubungan terakhir pesawat dengan pegawai kawalan trafik udara dilaporkan pada jam 1:35 petang, namun tiada panggilan kecemasan diterima.
“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautikal Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan serta merta untuk mengenal pasti lokasi pesawat.

Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut namun keadaan kedua-dua mangsa mash belum dapat dipastikan setakat ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sumber: FB @Civil Aviation Authority of Malaysia

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd