Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Lelaki Warga Pakistan Disyaki Samun & Rogol Wanita Di Jejantas KTM

Pihak polis menahan dua orang lelaki warga Pakistan dipercayai terlibat dalam jenayah samun dan rogol seorang wanita di jejantas KTM Serdang.

Kedua-dua suspek sudah ditahan

Memetik laporan dari Bernama, Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A.Anbalagan berkata kedua-dua suspek ditahan di kawasan kaki lima kondominium Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan pada pukul 8.30 malam Isnin lepas.

Saman dan rogol wanita di sekitar kawasan yang sama

Difahamkan, suspek pertama berumur 29 tahun disyaki telah menyamun seorang wanita di jejantas KTM Serdang pada 30 Dis lepas, manakala suspek kedua berumur 23 tahun disyaki menyamun dan merogol seorang wanita lain berumur 29 tahun di sekitar kawasan sama pada 14 Jan lepas.

ACP A.A.Anbalagan menyatakan yang telefon bimbit mangsa telah dilarikan dalam kedua-dua kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kedua-dua suspek ditahan mengikut Seksyen 392/397/376 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan direman selama tujuh hari bermula semalam,” katanya.

Difahamkan, kedua-dua suspek tidak bekerja di mana semakan mendapati suspek pertama masuk ke negara ini sejak Ogos tahun lalu manakala suspek kedua pula sudah enam bulan berada di negara ini.

Sumber: Bernama

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd