Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Kanak-Kanak Ditemui Tepi Jalan Bukan Ditinggalkan, Tapi Keluar Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa

Tular sebuah video pada Khamis yang memaparkan dua orang kanak-kanak perempuan ditemui oleh orang awam di tepi jalan sekitar Seksyen 2, Garden Avenue, Seremban.

Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan ramai berikutan anggapan awal bahawa kedua-dua kanak-kanak tersebut mungkin telah ditinggalkan.

Bagaiamanapun, menerusi satu kenyataan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, hasil siasatan polis mendapati bahawa dua beradik warga Myanmar itu sebenarnya keluar dari rumah sendiri tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

kanak-kanak

Foto: FB @Borneo

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, ketika kejadian, bapa kepada kanak-kanak tersebut sedang tidur manakala ibunya keluar bekerja.

“Polis yang menerima maklumat berhubung kejadian segera ke lokasi dan membawa kedua-dua kanak-kanak ke Balai Polis Seremban 2 untuk tujuan perlindungan dan pengesahan identiti,” katanya.

Artikel lain: Tiga Kanak-Kanak Merayu, Cuak Ditahan Polis! Siap Nak Jual Basikal Lajak Di Kedai Besi Buruk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemeriksaan fizikal terhadap kedua-dua kanak-kaak mendapati tiada sebarang kecederaan mahupun tanpa mencurigakan.

Tambah beliau, pihak polis berjaya mengesan ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut dan telah menyerahkan semula mereka ke pangkuan keluarga masing-masing selepas proses pengesahan selesai.

kanak-kanak

Foto: FB @Borneo

Susulan kejadian ini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihati ibu bapa serta penjaga agar sentiasa memastikan pintu rumah dikunci dengan selamat dan tidak membiarkan anak-anak kecil tanpa pengawasan, walaupun untuk tempoh singkat.

“Polis turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang peka dan segera melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa. Kerjasama seperti ini sangat penting dalam memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Beliau juga meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes tersebut telah pun disiasat dan diselesaikan dengan baik.

Sumber: Facebook @Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd