Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dua Beradik Kembar Sambung Legasi Arwah Ibu

Kehilangan insan tersayang sememangnya meninggalkan luka yang sukar diubati, namun bagi pasangan kembar Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor, ia menjadi pembakar semangat untuk meneruskan impian yang pernah dibina bersama ibu mereka.

Dua beradik berusia 18 tahun itu kini memulakan lembaran baharu apabila berjaya melanjutkan pengajian dalam Diploma Kecergasan Pertahanan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Mereka merupakan anak kepada Allahyarham Bintara Muda Tentera Laut (TNL) Noor Rahiza Anuar yang terkorban dalam nahas pertembungan dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 23 April 2024.

Menurut mereka, pemilihan UPNM bukan dibuat secara kebetulan, sebaliknya selepas mereka meneliti peluang kerjaya yang ditawarkan menerusi kursus berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami tengok dalam UPU dan nampak kursus ini ada laluan untuk menjadi fisioterapi. Jadi kami memang berminat ke arah itu dan sebab itulah kami pilih untuk sambung belajar dalam bidang ini.
“Selain itu, di UPNM kami juga ada peluang untuk menjadi kadet, menyertai PALAPES dan badan beruniform lain. Kebajikan pelajar pun terjaga, jadi kami rasa inilah pilihan yang sesuai untuk masa depan kami,” kata mereka.

Kedua-duanya saling berkata demikian menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram UPNM.

Di sebalik kisah kehilangan yang menyentuh hati, kedua-duanya sebenarnya aktif dalam bidang sukan sejak di bangku sekolah.

Mereka berkata, mereka pernah mewakili negeri dalam sukan judo dan tidak menyangka minat yang bermula secara suka-suka akhirnya menjadi antara pengalaman paling berharga dalam hidup.

“Dari Tingkatan Satu, kami sebenarnya nak cuba-cuba sahaja. Ada masa seminggu, dua minggu atau tiga minggu pertama itu kami rasa macam nak berhenti.
“Tapi lama-kelamaan kami rasa seronok dan akhirnya teruskan sehingga berjaya menyertai pertandingan di peringkat lebih tinggi,” ujar mereka.

Sementara itu, kedua-duanya mengakui perjalanan hidup mereka bukanlah mudah, lebih-lebih lagi selepas kehilangan ibu yang menjadi tonggak keluarga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun, mereka percaya kekuatan sebenar adalah untuk terus bangkit dan tidak mudah menyerah kalah.

“Untuk harapan arwah ibu, yang membuatkan kami sampai ke tahap ni sebab tak berputus asa. Lepas tu sudah berjaya melangkah masuk ke universiti,” kata mereka.

Sumber: Instagram UPNM

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd