Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Skandal ‘Office Wife’, Dr Wong Lu Yang Mohon Maaf & Buat Laporan Polis

Dr Wong Lu Yang Mohon Maaf

Nama Dr Wong Lu Yang terus menjadi tumpuan hangat di media sosial sejak Sabtu lalu selepas didakwa menjalinkan hubungan terlarang dengan “office wife” yang merupakan isteri lelaki lain.

Pendedahan itu memberi tempias buruk bukan sahaja kepada dirinya, malah turut melibatkan keluarga, rakan-rakan, tempat kerja serta organisasi yang disertainya.

Dr Wong Lu Yang Mohon Maaf

Dalam kenyataan rasmi, pihak Junior Chamber International (JCI) Kota Bharu memaklumkan Dr Wong telah digantung tugas daripada jawatan Presiden yang disandangnya.

Bagi yang tidak tahu, JCI merupakan sebuah NGO aktif dalam kerja-kerja sukarelawan belia termasuk aktiviti amal, biasiswa serta keusahawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak isu ini tular, ruangan Facebook JCI turut dibanjiri kecaman netizen. Namun, pihak organisasi berharap agar serangan tersebut dihentikan kerana ia merupakan masalah peribadi Dr Wong dan tidak ada kaitan dengan JCI.

“Jika JCI diheret sama, pastinya ia sangat tidak adil untuk ahli serta penaja yang selama ini bersemangat menabur bakti dalam organisasi ini,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, Dr Wong sendiri tampil memohon maaf secara terbuka berhubung kekecohan yang tercetus.

“Terima kasih kepada rakan dan keluarga yang mengambil berat. Sejak kami menolak untuk berkompromi dengan ugutan, saya dan keluarga telah pun bersedia 2, 3 bulan lalu. Kami semua berada dalam keadaan baik.
“Hanya isteri saya menerima luka kali kedua yang membuatkan saya rasa bersalah dan sangat sedih. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada isteri saya,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa dirinya serta keluarga telah menerima ugutan dan menjadi mangsa buli siber di media sosial.

“Kandungan palsu dan berunsur fitnah termasuk wajah saya, ahli keluarga, rakan-rakan, organisasi yang saya sertai, serta nombor telefon saya telah disebarkan tanpa kebenaran.
“Saya sudah membuat laporan polis dan saya berhak mengambil tindakan undang-undang di bawah perundangan Malaysia terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan data peribadi saya, menyiarkan fitnah, atau mengganggu keluarga saya,” jelas Dr Wong.

Katanya lagi, beliau juga memohon maaf kepada masyarakat atas perhatian dan kebimbangan yang tercetus ekoran isu ini, selain penggunaan sumber awam yang tidak sepatutnya.

“Ini adalah hal peribadi dan tiada kaitan dengan mana-mana organisasi, persatuan, rakan atau ahli keluarga.
“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, saya sedia memberikan kerjasama sepenuhnya. Terima kasih,” katanya lagi.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial yang memaparkan detik seorang lelaki menerjah isterinya bersama seorang doktor berstatus suami orang di dalam sebuah kereta.

Difahamkan, doktor berkenaan yang bertugas di Kelantan dipercayai sudah pun berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suami wanita terbabit, Jason, meluahkan kekecewaannya selepas mendakwa rumah tangganya musnah akibat kecurangan.

“Saya tak pernah sangka orang yang saya sangat sayang, yang setiap malam tidur di sisi saya, sanggup curang.
“Setelah 10 tahun perkahwinan, rumah tangga saya musnah. Bukan sebab miskin, bukan sebab gaduh, bukan sebab tiada masa berkualiti atau tidak sefahaman, tapi disebabkan office wife,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beberapa hari lalu.

Sumber: FB DR WONG LU YANG – Men’s Health and Aesthetic

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd