Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dr. Agus Anggap ‘Wahab’ Seperti Anak Sendiri, Tegaskan Video Tular Telah Diedit

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff akhirnya muncul bersama ‘Wahab’ yang dipercayai ada dalam rakaman viral panggilan video yang menjadi perbualan di media sosial.

Memetik laporan dari Kosmo! Dr Agus yang membuat sidang media tergempar menyatakan telah menganggap Wahab sebagai anaknya sahaja dan tidak lebih daripada itu.

Anggap Wahab seperti anak

Jelasnya lagi, video tersebut telah disunting oleh individu tidak bertanggungjawab serta menafikan sekerasnya berhubung video yang dikatakan mengandungi perbualan lucah serta dianggap mahu menjatuhkan reputasinya.

“Video itu telah diedit oleh pihak yang ingin jatuhkan saya, mana mungkin saya buat perkara seperti itu. Saya anggap Wahab ini seperti anak saya sendiri,” ujarnya.

https://www.facebook.com/kosmo.online/videos/348526644327838

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr. Agus dedahkan video diedit untuk jatuhkan reputasi

Jelasnya lagi, video terbabit asalnya tidak mempunyai audio dan kemudian diedit oleh seseorang yang dikenali.

Dalam pada itu, Dr Agus memaklumkan yang dia tidak tahu bahawa Wahab telah merakam panggilan video tersebut.

“Video tersebut asalnya tidak mempunyai audio, kemudian diedit oleh beberapa individu yang boleh dikatakan saya kenali,” jelasnya.

Terdahulu, video perbualan antara dua individu tersebut tular dimedia sosial sehingga mengejutkan ramai memandangkan ia melibatkan komunikasi lucah.

Susulan daripada itu tindakan Bekas KP J-KOM tersebut menghantar surat letak jawatan secara serta merta telah dianggap sebagai refleks kepada penularan video berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, hal tersebut dinafikan oleh Dr Agus kerana melakukan peletakkan jawatan di J-KOM kerana mendapat tawaran pekerjaan lain.

Sumber: Kosmo! 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd