Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Doakan Mereka! Masjid & Surau Diseru Buat Solat Hajat Untuk Peserta GSF 2.0

Masjid dan surau di seluruh negara diminta melaksanakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan peserta misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang dilaporkan ditahan tentera Israel.

Seru doakan keselamatan mereka

Memetik laporan daripada Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan berkata pihaknya memandang serius perkembangan misi tersebut dan akan terus memantau situasi semasa.

“Kita menyatakan sokongan penuh terhadap misi Global Sumud Flotilla dan telah mengerahkan masjid serta surau untuk mendoakan keselamatan semua peserta termasuk 10 rakyat Malaysia yang kini masih belum diketahui keberadaan mereka.
“Kita juga akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan termasuk Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) dan rakan strategik lain dalam meneruskan solidariti kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza,” katanya pada sidang media di SNCC di sini, hari ini.

Sentiasa update maklumat terkini

Terdahulu, beliau turut menerima taklimat daripada pihak SNCC berhubung status keselamatan peserta serta perkembangan misi kemanusiaan tersebut.

Menurutnya, sokongan kerajaan adalah selari dengan pendirian negara yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin, selain memberi perhatian terhadap kebajikan keluarga peserta terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada SNCC dan akan melihat keperluan yang boleh dibantu kepada semua aktivis ini.
“Daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kita mempunyai beberapa agensi yang bersedia untuk memberikan sokongan, dan kita akan menilai bentuk bantuan yang diperlukan dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, dilaporkan seramai 10 rakyat Malaysia antara 175 peserta GSF masih terputus hubungan selepas lebih 38 jam bot mereka dipintas di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete, Greece.

Sebanyak 22 daripada 63 kapal turut dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel dalam misi berkenaan.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Luahan pilu seorang rakan terhadap pemergian sahabatnya, Azman Mazni yang maut dalam kemalangan baru-baru ini menyentuh hati ramai. Perkongsian oleh S Faizzul Syar di...

Dunia

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memaklumkan beliau telah menerima rawatan berjaya bagi kanser prostat peringkat awal, namun tidak mendedahkan tarikh rawatan tersebut dilakukan. Dalam...

Lokal

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Teratai, Yew Jia Haur menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan melarang laungan azan, menghalang pelaksanaan solat Jumaat atau mengarahkan...

Dunia

Seorang anggota pasukan pengaman Indonesia yang berkhidmat dengan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd