Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

DNA Babi: KPDN, JAKIM Keluarkan Produk Indonesia Dalam Pasaran

Kementerian Perdagangan Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan tegas dalam mengeluarkan produk makanan Indonesia yang dipercayai mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam pasaran tempatan.

KPDN, JAKIM tarik semula produk DNA babi

KPDN, JAKIM Keluarkan Produk Indonesia

Menurut laporan Malaysia Gazette, menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pihaknya bersama JAKIM telah mengadakan perbincangan bagi memastikan probut tersebut ditarik keluar dalam kadar segera dari pasaran Malaysia.

“Sebaik kita dapat maklumat terbabit, kita ada perbincangan dengan JAKIM untuk memastikan produk berkenaan dapat dikeluarkan segera dari pasaran kita.
“Jadi, kita akan bekerjasama dengan JAKIM dan agensi agama peringkat negeri, bersandarkan pengumuman dibuat badan halal Indonesia, kita akan ambil tindakan segera,” katanya.

Armizan berkata demikian di Putrajaya pada Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Rabu.

Sementara itu, JAKIM juga mengarahkan pengimport menarik semula produk makanan dari Indonesia itu susulan pengumuman rasmi oleh Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Republik Indonesia semalam berhubung penarikan balik produk terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
KPDN, JAKIM Keluarkan Produk Indonesia

Bukan itu sahaja, Armizan juga memberitahu mesyuarat Kabinet bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga Barangan Keperluan Harian bagi memperkasa dan menstruktur kerjasama merentasi kementerian yang digerakkan secara ad hoc.

“Penubuhan jawatankuasa teknikal ini adalah bertujuan untuk baik bentuk kerjasama kepad agerak kerja yang lebih strategik dan berterusan melalui mesyuarat serta pelaporan berkala.
“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) KPDN (Datuk Seri Mohd Sayuthi Bakar) dan mesyuarat pertama akan berlangsung bulan depan,” katanya.

KPDN, JAKIM Keluarkan Produk Indonesia

Artikel lain: Salah Guna Logo Halal, KPDN Serbu Kilang Sandwic Tular

Untuk rekod, hasil pemeriksaan bersama BPJPH dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) mendapati 11 kumpulan daripada sembilan produk makanan dikesan mengandungi DNA babi melalui analisis makmal.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Kerajaan Negeri Terengganu menegaskan ia tidak akan mengambil tindakan terburu-buru dalam menangani isu kebanjiran etnik Rohingya di beberapa kawasan di negeri itu, sebaliknya akan...

Sosial

Isu pengurusan pelarian etnik Rohingya kembali mencuri perhatian apabila dakwaan kos rawatan kesihatan yang ditanggung kerajaan mencecah sekitar RM30 juta setahun di hospital kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd