Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dituduh Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Bakal Saman Pemfitnah

Ketika isu keganasan rumah tangga pasangan selebriti tersohor, Rizky Bilar dan Lesti Kejora, turut timbul spekulasi mengatakan aktor berusia 27 tahun itu pernah bergelar gigolo.

Malah, pemilik nama Muhammad Rizky dikatakan pernah digosipkan bercinta dengan golongan lelaki lembut.

Tidak berdiam diri, Rizky kini dikhabarkan bakal memfailkan saman terhadap pemfitnah atas dakwaan tersebut kerana telah memfitnah sehingga merosakkan aib dan maruahnya.

Menrut laporan, Rizky bakal memfailkan saman terhadap individu dikenali Satria Mulia kerana menyebarkan berita palsu kepada ramai orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam Indra Tarigan berkata, dia sendiri menawarkan diri untuk menjadi saksi kes tersebut selepas melihat bukti laporan palsu ditunjukkan Rikzy.

“Rizky menghubungi saya dan menunjukkan semua bukti. Dia minta saya menjadi peguamnya, namun saya kata, biar saya menjadi saksi jika mahu membuat laporan,”

Katanya lagi, tindakan itu diambil setelah mendapati Satriasudah melampaui batas kerana berani mengeluarkan kenyataan tidak benar dan fitnah.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tularnya beberapa keping foto Rizky dan mendakwa dirinya sedang menawarkan perkhidmatan sebagai teman lelaki upahan.

Malah, turut dituduh pernah menjalinkan hubungan songsang bersama seorang transgender.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, kes keganasan rumah tangga di antara Rizky dan Lesti kembali pulih seperti sediakala selepas penyanyi dangdut itu menarik semula laporan polis.

Sumber: mStar 

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd