Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ditembak Mati Suami, Mangsa Sebenarnya Sedang Hamil 5 Bulan

Semalam, negara dikejutkan dengan berita seorang wanita maut ditembak oleh suaminya yang juga seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat, Kangar, Perlis.

Kandungan lima bulan, hamil anak sulung

Terbaharu, mangsa yang juga suri rumah disahkan hamil lima bulan oleh ibunya, Che Mas Taha.

Menurut Che Mas, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat adik beradik itu sedang hamil anak sulung selepas berkahwin dengan suspek selama dua tahun.

“Memang anak saya hamil lima bulan ketika dia meninggal semalam,”ujarnya.

Tak sangka, menantu memang orang yang baik…

Apa yang membuatkan dia tidak menyangka peristiwa hitam itu berlaku adalah menantunya seorang yang baik sehingga dianggap seperti anak sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, menantunya juga seorang yang ringan tulang dan gemar membantu keluarga termasuklah membelikan pelbagai barangan keperluan termasuk makanan di rumah.

“Dia tidak pernah berkira dan kalau dia pulang ke rumah ini, dia pasti akan membawa pulang makanan termasuklah lauk-pauk.
“Paling mengharukan adalah menantu makcik ini sering membawa kami termasuk Allahyarham keluar bersiar-siar sekiranya ada kelapangan.
“Oleh itu, bagaimanalah kami tak anggap dia sebagai anak sendiri tapi benda sudah jadi maka tidak boleh buat apa-apa dah sekarang,” katanya.

Menantu alami kemurungan…

Pada masa yang sama, Che Mas memberitahu bahawa menantunya yang berasal dari Setiu, Terengganu dipercayai mempunyai masalah kemurungan sejak beberapa tahun sebelum ini.

Tambahnya, perilaku menantunya sebelum ini juga kelihatan tidak menentu seperti memnadu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri.

“Pada Aidiladha lalu, menantu saya ini pernah memandu tanpa hala tuju di lebuh raya seorang diri sehingga petrol keretanya habis.
“Apabila petrol sudah habis, dia kemudian bersolat di tepi lebuh raya itu dan kemudian menangis terisak-isak di tepi lebuh raya.
“Allahyarham terpaksa menghubungi tempat suaminya bertugas itu untuk mengesan dan membawanya pulang, jadi saya tidak menjangkakan ia berlarutan sehingga terjadinya kejadian semalam,”ceritanya.

Sekadar info, jenazah Safsufarnisya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat selepas proses bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Suspek,27, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) direman tujuh hari sehingga 12 Mac ini, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Harian Metro (Aizat Sharif)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pekerja bengkel maut selepas tayar jentolak yang sedang diisi angin di sebuah pusat servis tayar di Bandar Baru Sungai Buloh, Sungai Buloh tiba-tiba...

Spotlight

Selepas sah bercerai pada Jumaat lalu, heboh di media sosial berikutan kandungan keputusan cerai Ria Ricis dan Teuku Ryan sekali gus memaparkan punca perpisahan...

Lokal

Hanya kerana mematahkan pemadam rakan dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli yang baru, seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun sanggup menjadi pemuas...

Nasional

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah memberi peluang kepada golongan belia untuk berkongsi pendapat dengan merasmikan Luncheon Talk bersama Steven Sim. Menerusi satu kenyataan media,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd