Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiga Lelaki Dipenjara Sebulan, Didenda RM2,000 Terbabit Ritual Kuda Kepang

Mahkamah Syariah di Batu Pahat hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 terhadap tiga lelaki selepas mengaku bersalah terbabit dalam ritual kuda kepang yang dikaitkan dengan upacara pemujaan di Parit Raja, bulan lalu.

Didenda RM2,000 terbabit ritual kuda kepang

Menurut laporan Malaysiakini, Hakim Syarie, Syazwan Mohd Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Suhail Suttrysono, 35, Azman Mohamed Seh, 45, dan Anuar Bandi, 40, selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan mereka.

kuda kepang

Foto: Kosmo!

Jika gagal membayar denda, ketiga-tiga tertuduh akan dipenjara tambahan 14 hari serta diwajibkan menjalani pemantauan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selama enam bulan selepas selesai hukuman.

Artikel lain: Kes Pelajar Kolej Vokasional: Seorang Dipenjara Seumur Hidup, 12 Lagi Tunggu Perkenan TYT

Mengikut pertuduhan, Muhammad Suhail yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa melakukan upacara pemujaan mengikut Seksyen 3 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala Azman dan Anuar yang bekerja sebagai mekanik didakwa bersubahat dengan memainkan muzik gendang dalam ritual berkenaan, mengikut Seksyen 43(b) enakmen sama yang membawa hukuman setara dengan kesalahan utama.

Kesalahan itu dilakukan di kawasan lapang sebuah rumah di Jalan Pasar, Parit Raja antara jam 10 malam hingga 1 pagi pada 10 Ogos lalu.

kuda kepang

Foto: Sinar Harian

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Batu Pahat, Ummu Salamah Sukayat, manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video berdurasi satu minit memaparkan ritual kuda kepang dipercayai berkaitan amalan pemujaan di Batu Pahat yang mencetuskan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd