Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pelajar Kolej Vokasional: Seorang Dipenjara Seumur Hidup, 12 Lagi Tunggu Perkenan TYT

Mahkamah Tinggi di Lahad Datu hari ini menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan terhadap seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu berusia 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.

Pelajar Kolej Vokasional

Seorang bekas pelajar Kolej Vokasional dipenjara seumur hidup

Memetik laporan Berita Harian, hakim Datuk Duncan Sikodol dalam prosiding penetapan hukuman turut memerintahkan 12 tertuduh lain yang masih di bawah umur dipenjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas kesalahan sama.

12 lagi bekas pelajar Kolej Vokasional dipenjara selama diperkenan TYT

Pada 22 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Tawau memutuskan kesemua 13 remaja berusia 16 hingga 19 tahun itu bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat di asrama kolej berkenaan.

Artikel lain: 13 Remaja Mengaku Tidak Bersalah ‘Tamatkan’ Nyawa Pelajar Kolej Vokasional

Hakim Duncan ketika membacakan keputusan berkata, kesemua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka didakwa bersama-sama membunuh mangsa di bilik asrama antara jam 9 malam, 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.

Mangsa yang lebih mesra dipanggil ‘Ijat’ ditemui mati selepas dipercayai dipukul beramai-ramai oleh 13 rakan di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian.

Kejadian difahamkan berpunca daripada perselisihan faham mengenai kehilangan wang milik dua daripada tertuduh.

Sumber: Berita Harian (Abdul Rahemang Taiming)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Sosial

Dua beradik yang sebelum ini mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Terengganu, menerima ‘balasan’ penuh bermakna apabila dihadiahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd