Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Didakwa Halang Anak-Anak Jumpa Bapa Kandung, Bekas Isteri View Chin Tampil Buka Mulut

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Shermine menegaskan bahawa dia tidak pernah menghalang pihak bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak dan selama ini kedua-dua pihak sentiasa berbincang dengan penuh kepercayaan. Bagaimanapun, tidak menafikan krisis yang berlaku berpunca daripada kegagalan komunikasi bersama.

Perasaan dan emosi anak terjejas

Menurut Shermine, dia menekankan kepentingan untuk menghormati pendapatnya serta keinginan anak-anak, terutamanya apabila tindakan membawa anak-anak ke dalam kehidupan pihak ketiga yang belum disahkan secara undang-undang boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan dan kesejahteraan mereka.

“Saya tidak akan berkompromi terhadap kepentingan peribadi yang mengabaikan perasaan dan keselamatan anak-anak.
“Tindakan pihak sebelah yang dalam keadaan emosi tidak stabil menyebarkan maklumat tidak benar di media sosial telah menjejaskan kesihatan mental dan pertumbuhan anak-anak secara serius,” ciapannya, hari ini.

Shermine turut menjelaskan mengenai lokasi perkhemahan yang dipilih tidak sesuai untuk anak bongsu mereka. Sebarang lawatan yang melibatkan bermalam perlu dimaklumkan sekurang-kurangnya seminggu lebih awal mengikut perintah mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun pihak bekas suami gagal memberikan notis dan membawa anak-anak keluar tanpa mematuhi prosedur yang sah. Tindakan ini, menurutnya, merupakan pelanggaran undang-undang dan tindakan undang-undang telah pun diambil.

“Beliau telah menceroboh kediaman peribadi saya secara haram dan membawa lari anak-anak tanpa mematuhi prosedur. Ini adalah satu pelanggaran undang-undang yang serius dan tindakan undang-undang secara rasmi telah pun diambil,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, segala kenyataan palsu dan kecaman netizen telah menjejaskan ketenteraman hidupnya dan anak-anak, dan menganggap kesabaran terhadap pihak yang pernah menyakitinya bukan lesen untuk mereka terus dibuli.

Selain itu, Shermine menekankan bahawa isu ini adalah konflik peribadi dan keluarga tanpa sebarang kaitan dengan agama atau kaum. Beliau menyeru masyarakat agar tidak memanipulasi isu ini untuk kepentingan peribadi atau mengaitkannya dengan sentimen perkauman.

“Jangan manipulasi isu ini demi kepentingan peribadi. Jangan gunakan kesucian agama untuk melindungi pelanggaran undang-undang peribadi, apatah lagi menghasut kebencian kaum. Masalah peribadi seseorang tidak mencerminkan imej mana-mana kaum.
“Prahara ini telah menyebabkan saya dan keluarga mengalami tekanan mental yang hebat. Saya memohon masyarakat agar tetap rasional dan tidak terpengaruh dengan naratif sebelah pihak,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Kad Akses Rumah Disekat! View Chin Terkilan, Dakwa Bekas Isteri Sengaja Halang Jumpa Anak-Anak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan anak-anak mereka.

Menerusi satu hantaran video dimuat naik di media sosial, View Chin mendedahkan bahawa dia sudah tiga minggu tidak dapat berjumpa dengan cahaya matanya.

Menurutnya, dia telah memaklumkan kepada bekas isteri sejak bulan lalu tentang hasratnya untuk mengambil anak-anak bagi menyambut Hari Raya bersama, namun permintaannya itu tidak diendahkan.

Sumber: Threads shermine_ahmoi91

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami yang kehilangan isteri pada tahun 2024 berkongsi rutin hariannya yang tetap setia menziarahi pusara arwah, malah mengakui masih sukar menerima pemergian insan...

Sosial

Peguam, Kamal Hisham Ja’afar tampil menjelaskan kedudukan sebenar penglibatannya dalam kes Rosmaini Raof yang kembali menjadi perhatian umum, selain menegaskan bahawa keputusan mahkamah adalah...

Nasional

Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus memastikan rakyat dapat menikmati liputan...

Sosial

Seorang pelancong dari Australia yang dikenali sebagai Roman Travel mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai sebuah acara pesta air, Rain Rave Water Music Festival...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd