Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kad Akses Rumah Disekat! View Chin Terkilan, Dakwa Bekas Isteri Sengaja Halang Jumpa Anak-Anak

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan anak-anak mereka.

Menerusi satu hantaran video dimuat naik di media sosial, View Chin mendedahkan bahawa dia sudah tiga minggu tidak dapat berjumpa dengan cahaya matanya.

Menurutnya, dia telah memaklumkan kepada bekas isteri sejak bulan lalu tentang hasratnya untuk mengambil anak-anak bagi menyambut Hari Raya bersama, namun permintaannya itu tidak diendahkan.

“Tadi saya pergi rumah dia nak ambil anak. Selalu saya ambil anak, saya ada kunci kad boleh masuk. Kali ini kunci kad saya sudah lock.
“Saya tak boleh masuk rumah dia. Saya minta maid (pembantu rumah) buka pintu, saya masuk tengok hanya ada anak bongsu saya saja dekat rumah. Anak sulung dengan anak kedua dia sudah bawa keluar,” katanya.

View Chin turut mendakwa bekas isterinya memberi alasan membawa anak-anak pergi berkhemah, namun dia percaya itu hanyalah alasan untuk mengelakkannya daripada bertemu mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia cakap dia bawa anak pergi camping (berkhemah). Tapi saya tahu dia sengaja nak sorok anak-anak daripada saya.
“6 hari bulan adalah hari jadi saya. 8 hari bulan adalah hari jadi anak bongsu saya. Dia sengaja buat macam ni supaya saya tak dapat sambut birthday dengan anak-anak,” luah View Chin.

Tegas View Chin, dia tidak akan lagi berdiam diri dan kini nekad untuk mempertahankan haknya sebagai bapa.

“Dulu, empat tahun saya diam sebab saya fikirkan anak-anak. Tapi kali ini awak sudah melampau. Awak yang tak ikut peraturan, awak yang mula dulu. Jadi jangan salahkan saya.
“Saya takkan diam lagi. Saya akan lawan untuk hak saya sebagai bapa. Saya cuma nak jumpa anak-anak saya saja, itu pun susah ke?” soalnya.

Artikel lain: Tular Berhijab Teguk Alkohol, Polis Tahan Dua Individu

Sebelum ini, krisis rumah tangga pasangan View Chin dan Shermine Ah Moi bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan bekas suaminya dengan seorang pekerja, Mira.

Susulan itu, pasangan ini yang dikurniakan tiga cahaya mata telah membuat keputusan untuk bercerai dan View Chin kini dipercayai telah mendirikan rumah tangga dengan Mira.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB View Chin

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd