Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dibaling Bom Petrol, Pusat Hiburan Di KL Terbakar

Sebuah pusat hiburan dilaporkan terbakar selepas dipercayai dibaling dengan bom petrol oleh individu tidak dikenali berhampiran Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur (KL) pada awal pagi semalam.

Foto: Tangkap layar

 Menurut satu laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Nazron Abd Yusof telah mengesahkan kejadian tersebut selepas pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran pusat hiburan berkenaan.

“Kita ada menerima laporan berhubung kejadian itu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api.
“Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan. Berdasarkan rakaman CCTV itu, kejadian berlaku jam 2.18 pagi tadi tetapi masa sebenar kejadian masih disiasat,” katanya.

Sementara itu, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 45 saat di media sosial menunjukkan empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal, berhenti di hadapan premis tersebut dan membaling dua bom petrol sebelum beredar dari lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Tangkap layar

Selain itu, tular satu lagi rakaman video berdurasi 42 saat di media sosial yang mana menunjukkan pusat hiburan berkenaan telah terbakar dan terdapat orang awam dipercayai bertindak untuk membantu memadamkan kebakaran di premis berkenaan.

Untuk makluman, tarikh dan masa yang terdapat pada rakaman video CCTV tersebut menunjukkan waktu kejadian itu berlaku antara jam 2.18 pagi pada 9 Mei.

Sumber: Berita Harian (Nurul Hidayah Bahaudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Lotus’s Malaysia memulakan siasatan menyeluruh bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung insiden membabitkan seorang wanita mengandung yang didakwa dituduh mencuri di sebuah pasar raya Lotus’s...

Nasional

Masa depan kewangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi keutamaan apabila Kementerian Pertahanan (MINDEF) memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh prestasi Lembaga Tabung Angkatan...

Sosial

Lotus’s Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada pelanggan yang terlibat dalam insiden di stor Selayang selepas siasatan dalaman mendapati pengendalian kejadian itu tidak memenuhi...

Lokal

Kerajaan Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap operasi Network School di Forest City susulan kebimbangan orang ramai, termasuk dakwaan terdapat warga Israel...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd