Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia Pemangkin Strategik Usahawan Lebar Jaringan

Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) meletakkan satu tanda aras baharu sejak dilancarkan pada tahun 2018 sebagai pemangkin strategik para usahawan terus melebarkan jaringan perniagaan.

Pengarah Pembangunan Perniagaan DPDDM, Dato’ Sri Sharizal Sarip berkata, organisasi itu bertujuan memastikan pencapaian ahli dapat ditingkatkan dan juga menyediakan peluang eksklusif untuk membina rangkaian dan menjalin kerjasama baharu yang lebih luas.

“DPDDM akan terus berinovasi dalam memberikan sokongan kepada ahli melalui program pembangunan, inisiatif kerjasama, dan acara eksklusif.
“Dengan cabaran ekonomi global yang semakin kompleks, pendekatan kolaboratif ini dianggap sebagai kunci kepada pertumbuhan mampan ahli-ahli DPDDM,”ujarnya.

Jelasnya lagi, DPDDM bukan sahaja menonjolkan peranannya sebagai platform pembangunan perniagaan tetapi juga sebagai satu komuniti eksklusif yang sentiasa bersedia untuk mengorak langkah ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Selain itu, para usahawan juga berpeluang menceburi program CSR yang dijalankan oleh Yayasan Datuk-Datuk Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, ia secara tidak langsung memberi nilai tambah terhadap perniagaan mereka.

Sementara itu, Presidennya, Dato’ Sri Hasnal dalam ucapan perasmian berkata, penekanan kepada usaha dewan untuk terus membantu ahli-ahlinya berkembang di pentas tempatan dan antarabangsa.

Beliau juga menekankan bahawa acara seperti ini adalah bukti komitmen DPDDM dalam menyediakan peluang eksklusif kepada ahli untuk membina hubungan strategik yang dapat memperkukuh posisi perniagaan mereka.

Salah satu elemen istimewa dalam majlis ini ialah penghormatan kepada dua tokoh penting, Tan Sri Jojo dan YM Tengku Hishamudin, yang telah menyumbang secara signifikan kepada pembangunan DPDDM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penganugerahan trofi ini bukan sahaja sebagai simbol penghargaan tetapi juga sebagai inspirasi untuk ahli-ahli lain untuk terus menyumbang kepada kemajuan organisasi dan komuniti perniagaan secara keseluruhan.

Turut menyerikan majlis, satu pertunjukan fesyen oleh Yani Bakhtiar melalui jenama Yans Creation memukau perhatian tetamu.

Koleksi eksklusif yang dipersembahkan bukan sahaja memaparkan reka bentuk yang elegan dan sofistikated tetapi juga membuka ruang baharu untuk kerjasama antara ahli DPDDM dan industri fesyen.

Selain itu, sesi penyampaian watikah kepada penaja dan ahli kehormat menonjolkan elemen solidariti dalam DPDDM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ia menjadi simbol pengiktirafan terhadap mereka yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menyokong misi dan visi dewan.

Penyerahan watikah ini tidak hanya sekadar formaliti tetapi juga sebagai cara untuk mengukuhkan hubungan antara DPDDM dan para pemegang taruhnya.

Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Sukan

Malaysia dijangka kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) disebut-sebut bakal menganjurkan Grand Prix Bahrain pada Oktober ini...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd