Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan Hasut Benci Agong, Papagomo Mengaku Tidak Bersalah

Blogger Papagomo mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan hasutan benci terhadap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Malaysiakini melaporkan, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Foto: Malaysia Kini

Difahamkan, pengakuan yang dibuat oleh bekas Exco UMNO terbabit telah dibuat ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pertuduhan, pada Papagomo didapati telah memuat naik hantaran menghasut di laman X miliknya berhubung isu pemilik KK Mart dan Superstore Sdn Bhd yang menghadap Sultan Ibrahim di Bukit Bintang jam 12.30 tengah hari pada 29 April lalu.

Foto: Malaysia Kini

Susulan itu, Papagomo yang juga aktivis akan didakwa mengikut Sesyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan boleh didenda dibawah Subseksyen 4(1) yang memerlukan hukuman penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM5,00 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh telah diwakili oleh peguam Rafique Rashid Ali manakala Khairul Azreem Mamat selaku ketua Timbalan Pendakwa Raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Papagomo ditahan oleh pihak polis atas kesalahan video yang dimuat naik di media sosial pada Selasa berhubung pertemuan Agong dengan pengasas KK Mart, Chai Kee Chan.

Sumber: Malaysiakini (Haspaizi Zain)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd