Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Anwar Sangkal Dakwaan ‘Cium Pipi’ Isteri Presiden Filipina

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu majlis rasmi di Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025.

Sangkal dakwaan ‘cium pipi’ isteri Presiden Filipina

Menjelaskan perkara itu, Anwar berkata dakwaan berkenaan tidak berasas dan berpunca daripada pihak yang tidak mengetahui situasi sebenar.

“Betul dia pegang saya, saya pun buat begini (menunjuk gaya mengambil gambar). Tak ada pun sentuh (pipi), ambil gambar belah kanan (sudut kamera), ” katanya pada sidang media Penutupan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Selasa.
isteri Presiden Filipina

Foto: IG Liza Marcos

Beliau turut kesal dengan tindakan segelintir pihak, termasuk individu berlatar belakang agama yang cepat menjatuhkan hukum tanpa usul periksa.

“Bagaimana orang agama boleh begitu? Tak tahu fakta, terus hukum. Munafik, ini maksiat. Tak boleh sekarang macam itu,” ujarnya.
isteri Presiden Filipina

Foto: IG Liza Marcos

Artikel lain: Ratu Sirikit Mangkat, PM Thailand Batal Lawatan Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, tumpuan beliau kini bukan kepada isu remeh seperti itu sebaliknya terhadap usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas antarabangsa.

“Malaysia sekarang jadi tumpuan dunia. Seluruh dunia perhati bagaimana kita boleh uruskan Donal Trump (Presiden Amerika Syarikat), esoknya dengan  Li Qiang (Premier China), hari ini sign dengan Trump, esok sign dengan Lee Chiang, kemudian sepakati negara ASEAN bawa Brazil,” katanya.

Beliau berkata, keupayaan Malaysia memimpin dialog dan kerjasama antara negara yang sebelum ini berkonflik membuktikan kewibawaan diplomasi negara semakin diiktiraf.

“Brazil itu perang, musuh betul dengan Donald Trump. Kita panggil dia. Selatan Afrika, Ramaphosa disergah oleh Trump masa pertemuan, kita panggil dia,” jelas Anwar.

Sementara itu, Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan kejayaan pelbagai rundingan antarabangsa yang melibatkan Malaysia.

“Saya syukur, saya anak Malaysia. Saya bangga kerana Malaysia harum namanya sekarang,” ujarnya lagi.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd